DS Anwar Ibrahim (DSAI) pernah berkata, "Anak Melayu, Anak Cina, Anak India, Anak Kadazan, Anak Iban, semua anak saya." Malah beliau boleh berpakaian sehingga mengalahkan orang-orang India sendiri. Ini semua ketika beliau perlukan sokongan masyarakat India.
Malah bukan sekali tetapi dua kali DSAI kelihatan berjoget di pentas Pilihan Raya Kecil (PRK) bersama-sama klon MGR untuk menarik perhatian dan sokongan masyrakat India. Dalam kes rusuhan kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, USJ, DSAI sehingga kini masih membisu, senyap dan diam. Pemimpin apa macam ini? Inikah contoh teladan yang ditunjukkan oleh Bakal Perdana Menteri ke 8.