Update Isu PS1M 2017, Maszlee tetap pendirian serah pada SPRM >> Berita Malay 18

Imej via nst.com.my
KUALA LUMPUR 19 Nov. - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik tetap dengan pendirian beliau berhubung isu kegagalan Program Susu 1Malaysia (PS1M) dan telah menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita serah kepada SPRM untuk membuat apa-apa komen.
“Saya tidak mahu menganggu sebarang siasatan,” kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Utusan Malaysia dalam dua siri laporan khasnya bermula semalam mendedahkan sumber yang menafikan dakwaan dibuat Maszlee sebelum ini kononnya PS1M gagal memandangkan tiada bekalan susu yang dihantar ke sekolah di seluruh negara tahun lalu.

Bukan itu sahaja, siasatan Mingguan Malaysia juga mendapati lima syarikat yang dilantik bagi tujuan pembekalan susu PS1M telah menghantar kesemua minuman bantuan berkenaan kepada lebih 7,000 sekolah terlibat bermula Ogos hingga Oktober tahun lalu.

Guru besar sebuah sekolah kebangsaan dalam kawasan Simpang Renggam yang merupakan kawasan Parlimen Maszlee telah menerima bantuan PS1M bagi tahun 2017 mengikut jadual yang ditetapkan iaitu bermula selepas sambutan Aidilfitri sehingga tamat sesi persekolahan pada hujung tahun. - UTUSAN ONLINE

loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :