 |
Imej via FB KPM |
BATU PAHAT - Kementerian Pendidikan meneruskan cadangan mewujudkan jawatan baharu dikenali sebagai ‘pembantu guru’ yang berperanan membantu guru-guru di negara ini melaksanakan kerja pentadbiran.
Menterinya Dr Maszlee Malik berkata sekarang ini, guru-guru terbeban dengan kerja sampingan berkenaan dan mengganggu mereka melakukan tugasan hakiki untuk mengajar di sekolah masing-masing.
Katanya, pihaknya akan berbincang dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) bagi membincangkan perlaksanaan dan tugasan pembantu guru ini.
“Pihak kementerian akan bertemu dengan NUTP dalam masa terdekat ini bagi membincangkan masalah (bebanan) guru yang terpaksa melakukan tugasan yang bukan sepatutnya.
“Ada sesetengah guru terpaksa mengisi pelbagai jenis borang yang semua ini sebenarnya adalah kerja di bahagian pentadbiran dan dalam masa sama kami juga akan cuba mengurangkan jenis borang yang perlu diisi oleh para guru ini,” katanya pada Majlis Pertemuan Dengan Warga Pendidik Daerah Kluang, di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, petang ini.
Dalam perkembangan yang lain, pihaknya juga akan mengkaji cadangan Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di peringkat sekolah menengah setelah mendengar cadangan daripada pelbagai pihak.
Katanya, melalui pemerhatian yang dilakukan oleh pihaknya mendapati ada sesetengah pelajar di sekolah menengah pergi ke sekolah tanpa bersarapan kerana kurang berkemampuan.
“Ia satu cadangan yang bagus...kita akan cuba laksanakannya.
“Kami akan kaji cadangan ini dan jika ia bersesuaian kami akan luaskan program RMT di peringkat sekolah menengah pula agar pelajar yang kurang mampu ini tidak berlapar ketika menuntut ilmu,” katanya. - Bernama
loading...
Related Posts :
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/08/update-video-lawak-pecah-perut-tun.html">Update [Video Lawak PECAH PERUT Tun Mahathir untuk Rakyat Malaysia] "Orang suruh buang sampah yg melambak kat negeri ko tu, bukannya suruh buang bendera Jalur Gemilang" & 101 ahli Umno-Pas masuk AMANAH di Dun Bintong, Perlis. >> Berita Malay 18Khamis, 30 Ogos 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 15 jam ·
Kalau pun ianya menyalahi atau mengang… Read More...
Update [Video Mat Sabu: Lawak Presiden AMANAH@Menteri Pertahanan] Pembangang (macaiumno, walaunta & walauntit) TABUR FITNAH LAGI? Dah jadi PEMBANGKANG masih perbodohkan rakyat lagi ka! >> Berita Malay 18Khamis, 30 Ogos 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 27 Ogos ·
DEMI NAK 'COVER' imej buruk Najib yg… Read More...
Update [Video Merdeka Parade Rehersal 2018 - Tumpuan kepada aset ATM & PDRM) Program PATI pulang sukarela berakhir 12 malam ini...148,774 PATI serah diri setakat Ogos. >> Berita Malay 18Khamis, 30 Ogos 2018
Otai BERSIH
Suka Halaman Ini · 14 jam ·
KALAU TAK MAMPU LAKSANA AMANAH, SILA … Read More...
Update NGO gesa jangan tunggu 5 tahun tubuh badan pantau polis >> Berita Malay 18
Nurul Azwa Aris
| August 29, 2018
CAGED berkata badan pemantau polis sangat perlu ditubuhkan untuk menangani kes penghilangan paksa … Read More...
Update Urus tekanan: Seorang kaunselor jaga 1,400 guru >> Berita Malay 18
Sarinah Mat Kasim
29 Ogos 2018
Sinar Harian
Normazwin (tengah) bersama sebahagian masyarakat orang asli Karnival Transformasi Pendid… Read More...