Umat Islam diseru bersama-sama menegakkan agama agar tidak dipersendakan dan dihormati semua rakyat Malaysia berbilang kaum.
Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah, sebagai sebuah negara Islam, umat Islam bertanggungjawab memelihara agama agar tidak dipermainkan.
"Saya akan dipersoalkan (di akhirat) jika tidak menegakkan apa yang halal dan apa yang haram. Jangan persendakan agama Islam.
"Kita kena sama-sama memastikan agama kita dihormati orang lain," titah baginda ketika merasmikan Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk 'Islam Tasqif Al-Nisa' atau Pembudayaan Ilmu Kepada Wanita di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, semalam.
Forum anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Panel Isu-isu Semasa Wanita Islam (PISWI) itu menampilkan dua ahli panel terkenal, Pengarah (Bahagian Masjid dan Surau) JAIP, Datuk Badli Shah Alauddin dan Pensyarah Kanan Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Syarifah Hayati Syed Ismail.
Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh dan isteri Menteri Besar Pahang, Datin Seri Burhah Mohammed.
Dalam pada itu, baginda bertitah agar golongan wanita mengambil peluang menambahkan pengetahuan dengan menyertai majlis ilmu yang banyak dianjurkan pihak jabatan agama atau majlis agama Islam negeri masing-masing.
Related Posts :
Update [Video PH Perlu MANDAT Rakyat untuk HAPUSKAN GST] Treler Kempen Pakatan Harapan akan menjelajah keseluruh negara! Amanat Hadi 2.0 haramkan sapa2 sokong & sertai DAP? >> Berita Malay 18Selasa, 27 Februari 2018
Treler Kempen Pakatan Harapan
Amanat Hadi 2.0 haramkan sapa2 sokong & sertai DAP...
Datuk Seri Abd… Read More...
Update [Video FELDA KAHANG BARAT-MANIFESTO Khas Untuk Warga FELDA] Sepatutnya Tajuddin Pasir Salak ‘kenang budi’ Mahathir. >> Berita Malay 18Selasa, 27 Februari 2018
PENGHASUT RAKYAT
Sepatutnya Tajuddin Pasir Salak ‘kenang budi’ Mahathir
Khabar palsu kononnya Tan Sri Robe… Read More...
Update [Video Mana Haji tajaan 1MDB? Luahan seorang makcik di Cameron Highlands, HADI: Haram umat Islam jadi ahli, sokong 'parti itu & Masyarakat Cina Bersama Husam] PAS Kelantan Dah Macam BN Menindas Rakyat & Masa terhad buat Najib UmnoBN, PRU bila2 masa sebelum Jun? >> Berita Malay 18Selasa, 27 Februari 2018
PAS Kelantan Dah Macam BN Menindas Rakyat
Rafizi Ramli
Suka Halaman Ini · 23hb Februa… Read More...
Update [Video Umno Risau Undi Melayu & Pengundi Felda Beralih Kepada PPBM] KERANA PETER SONDAKH, FELDA TERSANDAR & KERUGIAN TERKUMPUL Felda CECAH RM8.7 BILION hanya untuk 3 tahun. >> Berita Malay 18Selasa, 27 Februari 2018
Analisa Rafizi: FELDA RUGI RM1.1 BILION bagi Tahun 2015, KERUGIAN TERKUMPUL CECAH RM8.7 BILION hanya untuk 3 tah… Read More...
Update [Video Pertembungan 3 Penjuru, Siapa Pilihan Rakyat?] Mengundi Kali Pertama Lepas 46 Tahun Kerana Mahathir. >> Berita Malay 18Selasa, 27 Februari 2018
MENGUNDI KALI PERTAMA LEPAS 46 TAHUN KERANA MAHATHIR
Semasa menjadi perdana menteri kerajaannya mengundang k… Read More...