MANA-MANA WAKIL RAKYAT DARI UMNO YANG ADA PENYAKIT PERLU LOMPAT PARTI.
JIKA ADA PARTI DI DALAM PAKATAN RAKYAT TAK MAHU TERIMA, MAKA MASUK SAHAJA PARTI BERSATU, SEBAB BERSATU TIDAK CUKUPKUAT.
APABILA BERSATU SUDAH MEMPUNYAI KEKUATAN MAKA SUARA BERSATU TIDAK TERGUGAT, JADIKANLAH BERSATU SEBAGAI PARTI PERLINDUNGAN POLITIK.
-Pak Karamu-
Jangan terima pemimpin lompat parti
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad tidak menyokong PH menerima Ahli Parlimen BN yang lompat parti.
Menurutnya, perubahan kerajaan semasa PRU14 lalu disebabkan rakyat mahukan perubahan menolak BN.
"Tidak wajar jika Ahli Parlimen yang lain diterima masuk ke mana-mana parti komponen PH terutamanya mereka yang selama ini berdiam diri dengan kleptokrasi.
"Kita tidak boleh bersedih dengan sikap sinis golongan muda mengenai politik negara sekiranya hal politik masih dimainkan oleh orang yang sama.. itu yang kita tawarkan kepada mereka," katanya.
Katanya, kerajaan PH perlu ambil pendekatan matang politik dengan menawarkan layanan dan peruntukan sama adil kepada pembangkang.
"Kerajaan Persekutuan wajib memastikan tiada istilah berat sebelah atau pilih kasih dengan memastikan pembangkang mempunyai sumber untuk berkhidmat kepada pengundi mereka.