Seperti yang ditulis oleh Mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, "Rakyat semua sudah selesa hari ini. Bersyukurlah." Apalah sangat dengan kenaikan tambang bas ekspres sehingga 30%, asalkan Najib Razak dan UMNO tumbang.
Satu lagi berita baik untuk nelayan dan penoreh getah. Menteri Industri Utama Kerajaan Pakatan Harapan, Teresa Kok, yang bertanggungjawab ke atas kebajikan penoreh getah menyatakan dalam Parlimen semalam bahawa elaun musim tengkujuh kepada penoreh getah dipotong dan tidak akan diteruskan. Sebaliknya, Menteri ini mencadangkan dua perkara:
1. Untuk meningkatkan produktiviti (dan pendapatan), penoreh disaran menoreh pada musim tengkujuh.
2. Untuk mendapat pendapatan pada musim tengkujuh, penoreh boleh tanam sayur atau ternak ikan.
Walaupun umum mengetahui (kecuali Menteri bodoh), pada musim tengkujuh, penoreh tidak keluar menoreh sebab air hujan bercampur dengan susu getah yang menyebabkan hasil torehan tidak baik dan adalah lebih produktif dan efisyen jika seseorang itu mengkhususnya pekerjaannya kepada satu bidang kerana kekangan masa, sumber dan skil, namun ini semua kemahuan Rakyat Malaysia. Mereka selesa dengan Kerajaan Pakatan Harapan. Sekali lagi ditegaskan asalkan Najib Razak dan UMNO tumbang. Anda undi, anda mendapat.