 |
Imej via FB Kementeria Pendidikan Malaysia |
PUTRAJAYA 13 Nov.- Jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal diawalkan bermula 2019 sebagai langkah persediaan menghadapi musim banjir yang sering berlaku pada hujung tahun.
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, jadual peperiksaan SPM itu hanya membabitkan mata pelajaran elektif dan bukan teras yang dijangka diawalkan antara akhir September dan awal Oktober.
"Subjek-subjek tersebut adalah Bahasa Arab, Bahasa Punjabi, Bahasa Kadazan, Bahasa Iban, Tasawur Islam dan kesusasteraan.
"Langkah ini dibuat memandangkan banjir sering berlaku pada hujung tahun dan ini dibuat bagi memudahkan para pelajar menghadapi SPM," katanya ketika mengadakan tinjauan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 16 (1), di sini hari ini.
Pada masa sama, Maszlee memaklumkan, pihaknya telah melakukan persiapan awal bagi menghadapi situasi banjir sepanjang SPM tahun ini.
Katanya lagi, seramai 421,706 calon seluruh negara mula menduduki peperiksaan bertulis SPM 2018 pada bermula hari ini hingga 13 Disember. - UTUSAN ONLINE
loading...
Related Posts :
Update KEMUNCAK KEMPEN RIBUAN HADIRI CERAMAH PERDANA UMNO DAN PAS >> Berita Malay 18
Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berbaki sehari lagi untuk berkempen, UMNO dan Pas sekali … Read More...
Update Jom Lihat Padang Garam Paling Luas Di Dunia >> Berita Malay 18
Salar de Uyuni, laut garam, padang pasir garam, di barat daya Bolivia, dahulunya merupakan laut pedalaman, atau tasik air giantsalt, tetapi… Read More...
Update [Video Giliran Khalid Samad BOOM PasumNo] Lain macam BN sejak berkawan dgn PAS ni..Mentang² bodo tu free & EPISOD PEMBOHONGAN PEMBANGKANG >> Berita Malay 18Jumaat, 1 Mac 2019
Haaaa, arahan sudah dikeluarkan secara rasmi
Otai BERSIH
Otai BERSIH
Lain macam BN sejak berkawan dgn PAS ni..
Satu pe… Read More...
Update [Video Muhyiddin Yassin PRK Semenyih] Pagi ni, belum sempat Hadi nak buka mata , Clare Rewcastle Brown bakar satu lagi 'mercun gajah'. Berdentum pom, pom! >> Berita Malay 18Jumaat, 1 Mac 2019
Ok. Selesai luar mahkamah. Ini rahsia antara kita. Ahli parti ana jangan tahu.
Ana Tahu
Revolusi Anak Muda Malaysia
T… Read More...
Update RAKYAT NAK TENGOK KES NI >> Berita Malay 18
… Read More...