Update Sultan Selangor Arahkan Papan Tanda Di Selangor Hanya Guna Bahasa Kebangsaan, Daulat Tuanku >> Berita Malay 18


Rentetan artikel CTS di sini dan isu berkenaan menjadi viral di media sosial, hari ini Baginda Sultan Selangor menetapkan bahawa semua papan tanda yang mempunyai dual bahasa di Shah Alam mesti dikeluarkan dan digantikan dengan bahasa yang hanya menampilkan Bahasa Kebangsaan.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah, Datuk Mohamad Munir Bani berkata demikian dalam satu surat kepada kerajaan Negeri Selangor yang bertarikh 19 November 2018. Surat itu menyatakan bahawa semua papan tanda bahasa Cina di Shah Alam mesti dikeluarkan dan digantikan dengan hanya satu bahasa, iaitu Bahasa Melayu. Datuk Munir berkata,
Operasi untuk mengubah papan tanda jalan mesti dilakukan dengan serta-merta dan disiapkan paling lambat sebelum Hari Keputeraan Sultan Selangor ke-73 pada 11 Disember.
Daulat Tuanku. Patik menjunjung kasih. 

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :