Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bersumpah tidak akan sama sekali membubarkan UMNO walaupun terdapat pelbagai desakan.
Jelas beliau, sebagai pembangkang UMNO perlu bergerak dalam satu pasukan untuk terus kukuh.
“Saya bersumpah tidak akan bubarkan UMNO dan saya akan terus berdiri teguh. Walaupun ada desakan saya tidak akan undur dan tidak akan bercuti.
“Kita harus bergerak dalam satu pasukan yang kukuh dan saya percaya dengan sokongan yang diberi, ada cahaya dihujung terowong untuk UMNO terus bangkit dan terus relevan,” ujar beliau ketika berucap dalam program Jelajah Presiden bersama kepimpinan ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO peringkat negeri Kedah di sini, hari ini.
Dalam ucapannya juga beliau memaklumkan bahawa UMNO akan membentangkan 38 langkah termasuk langkah yang dicadangkan oleh sayap-sayap parti untuk memastikan UMNO bangkit pada Pilihan Raya Umum ke15 (PRU-15) nanti. –
Turut hadir Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan; Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa serta kepemimpinan UMNO Pusat dan negeri.
Related Posts :
Update Perbincangan dengan Pas: Inisiatif PKR bukan sekutu, kata Azmin >> Berita Malay 18
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali mempertahankan perbincangan partinya dengan Pas walaupun tidak disenangi sekutu lain da… Read More...
Update 2 senario yang mungkin berlaku pada PRU14 >> Berita Malay 18Umno akan kehilangan kerusi pada PRU14, tetapi persoalannya berapa banyak, kata badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan, yang juga mera… Read More...
Update Pintu rundingan dengan PKR, Bersatu mungkin dibuka kembali: Pemuda PAS >> Berita Malay 18
Pintu rundingan dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) bersama PAS mungkin boleh diwujudkan kembali.
Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhl… Read More...
Update Badan pemikir: 2 senario yang mungkin berlaku pada PRU14 >> Berita Malay 18
FMT Reporters
| August 18, 2017
Umno akan kehilangan kerusi pada PRU14, tetapi persoalannya berapa banyak, kata badan pemikir Kajia… Read More...
Update 'Bincang dengan PAS tiada kaitan dengan HARAPAN' >> Berita Malay 18Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali mempertahankan perbincangan partinya dengan PAS, walaupun tidak disenangi sekutu lain dal… Read More...