Update [Video MP Bagan Serai, empat senator Umno sertai Bersatu] "KAMI DISERANG", dakwaan pihak kuil Adib diilanggar tidak benar sama sekali! >> Berita Malay 18

Khamis, 29 November 2018
Foto Suara Rakyat.
SIDANG MEDIA Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid.
1. Pihak bomba sah diserang oleh perusuh dengan senjata kayu, parang, besi dan sebagainya.

2. PB yang di belakang jentera bomba itu adalah PB Azim bukan PB Adib.

3. PB Azim bertugas sbgai 'fire fighter' turun ke loker paip utk memadam kebakaran tetapi sempat melarikan diri masuk ke Jentera Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) van setelah diserang perusuh.

4. PB Adib ditarik keluar oleh perusuh setelah pintu dipecahkan dan dipukul oleh perusuh namum ada kumpulan India yg lain menyelamatkan PB Adib dan bawa ke hospital.

5. Setakat ini siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti kumpulan yg menyerang jentera bomba dan memukul PB Adib di tempat kejadian..

6. Difahamkan bukan semua perusuh malam kejadian yg berniat jahat utk menyerang anggota bomba dan mencetuskan huru hara TETAPI ADA beberapa kumpulan yang sengaja mencetuskan provokasi melampau..
https://www.facebook.com/BernamaNewsChannel/videos/2163782410540253/

Kami memang diserang

"Begitu kelam kabut dan panik," kata seorang anggota bomba menceritakan pengalamannya ketika bertugas di tengah-tengah rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, awal pagi Selasa lalu.
Salah seorang daripada lapan anggota yang ditugaskan, Mohd Hazim Mohd Rahimi berkata pasukannya memang telah diserang perusuh.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, tugas saya untuk turun daripada jentera dan terus ke tempat simpanan salur bantu mula (hose reel). Jika kebakaran di sebelah kiri, saya akan tuju tempat simpanan di sebelah kiri untuk memadam api.
"Tapi belum sempat keluar, kami sudah diserang. Saya terus lari dan masuk ke dalam jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di belakang jentera Fire Rescue Tender (FRT)," katanya dalam sidang media di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, hari ini.
Namun, katanya lagi, pintu jentera EMRS itu turut diserang sehingga tercabut, dan kini menjadi sebahagian bahan bukti polis.
Dalam sidang media itu, Ketua Pengarah Bomba Mohamad Hamdan Wahid menampilkan Hazim, 31, sebagai individu yang dilanggar belakang jentera bomba seperti yang dipaparkan video yang tular hari ini.
Hazim (duduk, dua dari kanan)

MP Bagan Serai, empat senator Umno sertai Bersatu

Anggota Parlimen Bagan Serai, Noor Azmi Ghazali yang mengisytiharkan dirinya keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas pada Jun lalu, hari ini bersama-sama dengan empat senator Umno, menyertai Bersatu.
Ini diumumkan semasa sidang akhbar yang dihadiri oleh Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad selepas mesyuarat majlis tertinggi parti itu di Petaling Jaya.
Empat senator berkenaan adalah Khairudin ES Abdul Samad, Aknan Ehtook, Suhaimi Abdullah dan Isa Abdul Hamid.
Mereka kemudiannya menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan menerima kad keahlian daripada Dr Mahathir.
“Kemasukan ahli-ahli baharu ini kita boleh dapat angka yang diinginkan dan syarat kepada mereka adalah menjadi ahli selama setahun tidak boleh pegang apa-apa jawatan,” kata Mahathir.
Noor Azmi memenangi perlimen Bagan Serai dengan majoriti tipis 172 undi berbanding pencabarnya dari PAS, Rohaya Bakar pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.
Sebelum ini, pada Oktober lalu, bekas anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mustapa Mohamed turut menyertai Bersatu.
Dengan keputusan hari ini, anggota parlimen Umno yang sudah berkurangan daripada 54 menjadi 48 orang tetapi wakil rakyat Bersatu kini menjadi 15 orang daripada 13 orang.
Selain Mustapa dan Noor Azmi, antara anggota parlimen yang telah keluar Umno selepas PRU14 adalah Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Rosman Isli (Labuan) dan Seri Anifah Aman (Kimanis).
Rozman telah menyertai Parti Warisan Sabah manakala yang lain belum menyertai mana-mana parti.
Mk.

Subscribe to receive free email updates: