KUALA LUMPUR – Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan tidak perlu memohon maaf atas kegagalannya menepati janji menghapuskan pinjaman itu.
Sebaliknya, menurut mantan Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, Wan Jan harus meletak jawatan itu dan berikan kepada orang yang layak serta mampu melaksanakan janji.
“Maka apa yang saudara (Wan Saiful) perlu lakukan? Ikut cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkagumi amalan berani Jepun dengan melakukan hara-kiri apabila ternyata gagal.
“Tak perlu guna Samurai atau Bon Samurai. Bagi saja kerusi (jawatan) Pengerus PTPTN kepada yang layak dan mampu laksanakan janji. Nokhtah..,” katanya dalam status yang dimuatnaik menerusi Twitter beliau hari ini.
Beliau respon kepada kenyataan penulis Buku Harapan itu yang disiarkan Berita Harian hari ini, secara terbuka memohon maaf kerana gagal menepati janji menghapuskan pinjaman PTPTN.
Wan Saiful berkata, agensi itu sudah cuba mencari mekanisme terbaik untuk merealisasikan manifesto Pakatan Harapan (PH), namun gagal.
“Saya antara yang terbabit menulis janji manifesto PH. Saya yang bertanggungjawab dalam hal ini, termasuk janji menangguhkan pembayaran semula oleh peminjam yang berpendapatan bulanan di bawah RM4,000.
“Saya mohon maaf kepada rakyat. Ketika itu (merangka manifesto), saya tidak tahu hutang negara dan PTPTN sangat besar,” kata Wan Saiful. – MalaysiaGazette
Related Posts :
Update [Video Hanya perlu 20 Felda sahaja tumbangkan BN & Peneroka dah MENYAMPAH kat UmnoBN] Lawan PAS PRU 14: PKR Hanya Beri Laluan PPBM & Amanah. >> Berita Malay 18Sabtu, 30 Disember 2017
POSTED BY TUKAR TIUB
Lawan PAS PRU 14 : PKR Hanya Beri Laluan PPBM & Amanah.
“Dahulu ini kerusi UMNO… Read More...
Update [Video Cina MCA depan sokong BN, tapi undi DAP] Harga barangan Tahun Baru Cina dijangka naik 10% hingga 20%, kata peniaga. >> Berita Malay 18Sabtu, 30 Disember 2017
Harga barangan Tahun Baru Cina dijangka naik 10% hingga 20%, kata peniaga
Beberapa pelanggan mula membeli barangan… Read More...
Update [Video Hancusss...Kesan pelaburan Negara China?] Bersatu adalah parti rakyat untuk rakyat >> Berita Malay 18Sabtu, 30 Disember 2017
Bersatu adalah parti rakyat untuk rakyat
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah sebuah parti rakyat unt… Read More...
Update [Video 'Patriot dah bersuara' & Najib Umno Cuba Hancurkan Keharmonian Kaum Hasut FELDA Melayu Benci DAP] Sabah dan Sarawak akan terus terpinggir selagi BN memerintah. >> Berita Malay 18Sabtu, 30 Disember 2017
Ahli politik 'jahat' jejas keharmonian negara, kata kumpulan veteran
TMI
Sabah dan Sarawak akan terus terpinggir… Read More...
Update [Video 95% PEMIMPIN TERTINGGI Pas kini bersama AMANAH...'Kembali Kepada Perjuangan Asal'] Malaysia tutup tirai 2017 dengan penipuan libatkan tanah persekutuan. >> Berita Malay 18Sabtu, 30 Disember 2017
Malaysia tutup tirai 2017 dengan penipuan libatkan tanah persekutuan
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berk… Read More...