Seringkali penjawat awam tertanya-tanya dengan pernyataan di dalam slip gaji masing-masing di bahagian potongan yang tercatat Potongan Angkasa (Bukan Pinjaman).
Apakah yang dimaksudkan dengan Angkasa (Bukan Pinjaman) itu?
Merujuk kepada Arahan Operasi yang boleh diperoleh daripada laman web Jabatan Akauntan Negara di
SINI, arahan tersebut ada menyebut berkenaan perkara di atas.
Makluman ini adalah berkaitan dengan kekeliruan yang dihadapi oleh pegawai apabila Penyata Gaji memaparkan 2 kod potongan Angkasa iaitu Angkasa dan Angkasa (TIADA KENAAN CAJ) pada bulan Julai 2013 yang lepas.
Mulai gaji bulan Oktober 2012 Kerajaan telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi kepada 17 buah agensi potongan berdasarkan peruntukan Perintah FI (Kemudahan Potongan Gaji Pegawai Awam Persekutuan) 2011 Akta Fi 1951.
Sekiranya sesebuah agensi potongan tidak bersetuju untuk dikenakan caj RM1.00, agensi terbabit perlu mendaftar terus di bawah agensi Angkasa. Mulai bulan Julai 2013 juga, kenaan caj telah mula diperluaskan kepada agensi Angkasa.
Terdapat pelbagai jenis potongan didaftarkan di bawah agensi Angkasa seperti
potongan berbentuk pinjaman, kelab, simpanan, insuran dan sebagainya.
Hanya
potongan berbentuk pinjaman sahaja yang dikenakan caj. Dijelaskan di sini bahawa kenaan caj RM1.00 adalah dikenakan ke atas AGENSI dan bukan ke atas individu.
 |
Slip gaji bulan Jun 2013 masih belum berlaku pengasingan. |
Bagi individu yang mempunyai potongan Angkasa, amaun yang dipotong pada bulan Julai 2013 adalah sama seperti bulan sebelumnya kecuali jika ada perubahan amaun potongan yang dibuat oleh pegawai. Bezanya adalah
potongan tersebut telah dikategorikan kepada pinjaman + kelab/simpanan/insuran ATAU kekal di bawah potongan berbentuk pinjaman ATAU potongan berbentuk kelab/simpanan/insuran.
 |
Slip gaji bulan Julai 2013 potongan telah diasingkan dengan catatan Angkasa (TIADA Kenaan Caj) |
Kategori potongan
hanya diketahui oleh pihak agensi Angkasa sahaja. Pihak JANM hanya membantu untuk memproses potongan setiap bulan ke atas individu.
Oleh yang demikian paparan pada penyata gaji bulan Julai 2013 telah dipaparkan sebagai Angkasa dan Angkasa (TIADA KENAAN CAJ).
 |
Slip gaji bulan Ogos 2013, pengasingan telah ditukarkan kepada Angkasa (Bukan PINJAMAN) |
Bagi mengelakkan kekeliruan, sekali lagi pada gaji bulan Ogos 2013, Penyata Gaji pegawai akan memaparkan perihal Angkasa yang bermaksud pinjaman atau
Angkasa (bukan PINJAMAN) yang bermaksud sama ada kelab, simpanan atau insuran.
 |
Slip gaji terkini 2018 |
Di harap penjelasan ini dapat membantu pihak tuan/puan yang masih keliru dengan paparan kod potongan Angkasa di ruangan Penyata Gaji.
Sumber: Arahan Operasi ANM
loading...
Related Posts :
Update Nasihat kera kepada beruk... >> Berita Malay 18
Lokman Adam menasihat Anwar agar tidak bersekongkol dengan DAP dan Dr Mahathir. Nasihat itu penuh bermakna. Beliau mahu Anwar alias PKR ti… Read More...
Update [Video Malaysia Terancam BANGKRUT krn Hutang 3500 Triliun bgm Indonesia hutang 5000 Tidak?] Kesian NajibUmnoBN, kesian Rosmah bertubi2 dikaitkan dgn skandal 1MDB! TAK ADA RASA MALUKAH Umno nak bergabung dengan Anwar? Nampaknya Umno semakin serabut sebagai PEMBANGKANG meskipun baru 120 hari. >> Berita Malay 18Selasa, 18 September 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 3 jam ·
Kesian Najib, kesian Rosmah bertubi2 … Read More...
Update [Video Remix Chess, Mari kita Bangun! Abang Mat ni kalau bagi ceramah, Huyooo] Pidato PRESIDEN (Mat Sabu) Jangan ketinggalan untuk bersama kami! Kalau memang PEROMPAK, otak tetap fikir NAK ROMPAK tanpa segan silu & Kau (Umno) ingat Anwar angat desperado, over greedy, dan tidak ada jati diri untuk mengkhianati PH >> Berita Malay 18Selasa, 18 September 2018
KALAU MEMANG PEROMPAK, OTAK TETAP FIKIR NAK ROMPAK TANPA SEGAN SILU...
Apakah umno berpendapat anwar dan … Read More...
Update [Video TIADA LAGI PAU DALAM JPJ] Nasihat kera kepada beruk. Kah3! TEMBELANG SUDAH PECAH! Jabatan Amal Malaysia tidak berdaftar dengan ROS? Dr Mujahid: Anwar didakwa dengan tuduhan palsu. >> Berita Malay 18Selasa, 18 September 2018
Nasihat kera kepada beruk...
Lokman Adam menasihat Anwar agar tidak bersekongkol dengan DAP dan Dr Mahathi… Read More...
Update [Video Kuasa & bencana, pesan Anwar] Pemuda AMANAH menyokong penuh Anwar bertanding di PD & Penggantungan sementara permit import (IP) cili dari Vietnam...Pengusaha cili tempatan menarik nafas lega. >> Berita Malay 18Selasa, 18 September 2018
Parti Amanah Negara
Suka Halaman Ini · 9 jam ·
Kenyataan Ketua Pemuda A… Read More...