"Sendiri Gali, Lepas Tu Ko BERAK, Sendiri Kambus, Lepas tu Sendiri Istihar Jadi HERO"
"Punyalah drama Menteri Belia dan Sukaneka, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Sendiri gali lubang, SENDIRI BERAK, sendiri kambus. Lepas tu acah-acah hero kononnya 'idea baru', kononnya #DemiMahasiswa." dakwa mereka.
Mereka turut mempersoalkan keikhlasan Menteri-menteri yang dilantik dalam Kabinet yang suatu masa dahulu sanggup tidur di bawah embun di padang Merbok membantah agar PTPTN dimansuhkan. Kini sudah jadi menteri, sepatah haram pun tidak di dengar perkataan MANSUH PTPTN.
Selepas itu orang yang sama membuat janji dalam BUKU HARAPAN yang menetapkan bayaran balik hanya perlu dibuat jika peminjam mendapat pekerjaan dengan gaji RM4,000. Tapi kini mereka bukan saja berbohong malah mahu menjadi hero palsu.
Untuk pengetahuan Menteri BUDAK-BUDAK, ketika pemerintahan BN, perkara di bawah telah dilaksanakan untuk mengurangkan beban peminjam PTPTN:
1) Kerajaan BN telah memberikan pengecualian bayaran balik pinjaman bagi pelajar yang dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama oleh IPT
2) Kerajaan BN memberikan Diskaun 20% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman
3) Kerajaan BN memberikan Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
4) Kerajaan BN memberikan Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan
5) Kerajaan BN menurunkan kadar faedah pinjaman PTPTN dari 3% kepada Ujrah (1%) dan layak kepada semua peminjam
Kesimpulannya, apa yang Kerajaan BN buat lebih baik dari apa yang dibanggakan oleh Menteri BUDAK-BUDAK, Syed Saddiq. Malah lebih malang peminjam DITIPU oleh kerajaan Pakatan Harapan yang menetapkan gaji RM4,000 untuk mula bayar balik.
Hah TEPUK!!!!
#CelahGelegar