Update Giliran Harta Tabung Haji Difaraid >> Berita Malay 18



Sekarang sudah nampak jelas kenapa isu Tabung Haji dimainkan dengan begitu sensasi sejak sehari dua ini. Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memfaraid aset-aset orang Melayu Islam yang ada.

Media melaporkan TH akan menjual aset bernilai RM19.9 bilion pada nilai buku kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan pimpinan Lim Guan Eng.

SPV ini akan membayar TH dengan menerbitkan sukuk 7 tahun bernilai RM10 bilion dan RM9.9 bilion dalam saham keutamaan boleh tebus Islam (RCPS-I). TH akan pegang Sukuk dan RCPS-I yang bernilai RM19.9 bilion sehingga ditebus oleh SPV ini.

Ini bermakna TH hanya dibayar dividen 2.5% setahun oleh SPV ini untuk aset yang bernilai RM19.9 bilion ini. SPV ini akan bertanggungjawab untuk memajukan ataupun menjual aset-aset ini.

Satu aset terbabit termasuk tanah TRX yang dibeli oleh TH dengan harga RM188.5 juta (RM2,773 sekaki persegi) pada tahun 2015.

Adalah tidak logik dan masuk akal tanah TRX di kawasan segi tiga emas di Ibu Negara dikatakan sebagai 'non-performing asset'. 

Tanah TRX milik TH ini ialah di sebelah Menara Exchange 106 iaitu bangunan tertinggi di Asia Tenggara dianggarkan mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) bernilai RM40 billion.

Nampak tak permainan mereka?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :