 |
Imej via Facebook |
IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian menerima dua laporan yang dibuat pihak sekolah dan seorang guru di Bagan Serai susulan satu status berunsur perkauman dimuat naik di Facebook dan tular sejak kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, dalam status itu, pemilik akaun dengan nama ‘Cikgu Ros Bagan Serai’ telah memuatnaik gambarnya dan status berbaur perkauman disusuli gambar Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai (SMKBS).
Menurutnya, susulan itu, pihaknya menjalankan siasatan dan mendapati akaun itu adalah palsu dan sengaja diwujudkan pihak tertentu bagi tujuan yang tidak dapat dipastikan.
“Siasatan pihak polis mendapati akaun Cikgu Ros dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai adalah palsu dan tidak wujud.
“Gambar guru wanita yang digunakan juga tidak wujud di sekolah itu sebaliknya gambar yang digunakan adalah gambar guru dari Sekolah Kebangsaan Matang Gerdu, namun nama guru itu juga jauh berbeza dengan nama yang digunakan,” katanya di Bagan Serai, hari ini.
Omar Bakhtiar berkata, pihaknya menerima dua laporan polis yang dibuat mangsa dan pihak SMKBS semalam.
“Polis percaya kenyataan itu dibuat pihak tidak bertanggungjawab bertujuan untuk melaga-lagakan kaum.
“Sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat, namun pihak polis masih menunggu hasil siasatan lanjut dari pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan kejadian ini,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948.
loading...
Related Posts :
Update MINYAK TURUN, BARANG NAIK >> Berita Malay 18Harga petrol turun 7 sen, diesel 6 sen
14 Jun 2017
KUALA LUMPUR - Harga runcit mingguan bagi petrol RON95, RON97 dan diesel turun l… Read More...
Update 'Penduduk Marah Saya Sebab Awak Ketuk Pintu Rumah Mereka, Promote Astro' >> Berita Malay 18
Seremban - Viral rakaman video seorang pengawal keselamatan didakwa melemparkan kata-kata kesat terhadap seorang pemuda hanya kerana mempro… Read More...
Update BN akan KEKAL BERKUASA di Putrajaya, kata bekas pesuruhjaya tinggi Singapura >> Berita Malay 18
Barisan Nasional akan kekal berkuasa di Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang berikutan status quo di Sabah dan Sarawak serta sokon… Read More...
Update [Video Editor S'wak Report tolak ajakan IGP, P Pinang tak hirau Nazri] Jagung sudah dirudu gajah, baruk gago nak masang pagar >> Berita Malay 18Rabu, 14 jun 2017
Jagung sudah dirudu gajah, baruk gago nak masang pagar
Kecoh, kamboh, riuh sekejap kita semua di Sarawak baruk tok. Nya… Read More...
Update Papa Gomo Tetap Kena Bayar RM850,000 Kerana Fitnah Anwar >> Berita Malay 18
Putrajaya: Pengendali laman web Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris tetap perlu membayar ganti rugi RM850,000 kepada bekas ketua pemban… Read More...