HARGA minyak dilaporkan tidak akan berubah, atau dalam kata lainnya tak jadi turun malam ini. Ini bermakna selepas tengah malam ini pun, minyak petrol RON95 akan kekal pada harga RM2.20 seliter.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di mana harga bahan api tidak akan berubah untuk minggu pertama tahun 2019.
Katanya bahan api RON97, RON95 dan diesel akan kekal pada harga RM2.50, RM2.20 dan RM2.18 masing-masing bagi setiap liter, sehinggalah kerajaan menetapkan harga-harga runcit bagi produk petroleum itu di hujung minggu pertama bulan Januari tahun 2019.
"Jemaah kabinet akan bermesyuarat pada 2 Januari, dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi menentukan harga runcit produk petroleum pada tahap yang optimum," katanya.
/>Kerajaan Pakatan Harapan telah memutuskan meniru kaedah kerajaan BN sebelum ini dengan menggunakan harga apungan secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati perubahan harga selaras dengan turun naik harga petrol dunia. - Milosuam #CelahGelegar