Update (KES KUIL) pelampau Hindu di INDIA buat tuduhan MENGEJUTKAN >> Berita Malay 18


Api persengketaan agama ditiupkan dari luar. Sama ada dia sengaja mengadakan cerita dusta ataupun mengambil sumber dusta dari dalaman Malaysia. 

Persoalannya, siapakah yang sebelum ini membuat dakwaan dusta tentang layanan terhadap penganut Hindu di Malaysia? 

Individu tersebut juga minggu lepas menuduh polis tidak menjalankan tugas dengan cara sepatutnya. 

Apakah pelampau Hindu di India juga mengutip maklumat dari sumber dusta yang sama dari negara kita? 

Jelas, individu penghasut seperti itu tidak wajar wujud di Malaysia apatahlagi dalam kabinet Kerajaan Malaysia. 

Ia akan menyebabkan api sengketa agama dan kaum terus membakar! 

Rakyat Malaysia secara umumnya cintakan kedamaian dan keharmonian.

Oleh: Dr. Maza

PELAMPAU INDIA TUDUH KUIL DIROBOHKAN, WANITA DAN KANAK-KANAK DIBUNUH

Free Malaysia Today (FMT) melaporkan bahawa pemimpin pelampau India buat tuduhan mengejutkan di sebalik kontroversi kuil Seafield, mengatakan kuil itu “dirobohkan” manakala wanita dan kanak-kanak dibunuh secara ganas.
“Dalam percubaan oleh penghasut peperangan untuk mengelar leher wanita dan kanak-kanak, leher dan tengkuk mereka dikerat dengan teruk sekali,” kata Arjun Sampath, yang mengetuai Parti Rakyat Hindu, sebuah parti pelampau Hindu, dalam suratnya kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Tamil Nadu 2 hari lalu.
“Pasukan polis hanya terlopong melihat kejadian luar biasa itu. Tanpa sebarang tindakan terhadap penyerang-penyerang itu, mereka menyokong kejadian itu.
“Semua itu disiarkan di media sosial yang menggemparkan jiwa jutaan Tamil Hindu serata dunia,” katanya.

Subscribe to receive free email updates: