Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan bagi membantu siasatan kejadian pecah rumah seorang ahli perniagaan berpangkat ‘Datuk’ di sini, awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata suspek yang merupakan bekas pekerja kepada mangsa ditahan di sebuah rumah di Kampung Pandan 1 di sini, pada pukul 11 pagi semalam.
“Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu. Polis juga merampas satu plastik lutsinar yang dipercayai dadah yang digunakan suspek,” katanya di sini, hari ini.
Mohamad Noor berkata polis kini giat mengesan seorang lagi suspek disyaki dalang utama rompakan itu dan dipercayai menyimpan barangan yang dilarikan.
Semalam, seorang ahli perniagaan berusia 31 tahun kerugian RM100,000 selepas telefon bimbit dan 15 utas jam tangan berjenama dilarikan oleh dua lelaki yang mengumpil pintu rumahnya di Bandar Damansara di sini.
Suspek turut merosakkan kereta mewah jenama Porsche yang diletakkan di garaj rumah itu, dipercayai akibat berang selepas gagal melarikan kereta tersebut.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku pada 6 Dis lalu, namun hanya disedari mangsa pada 19 Disember lalu kerana berada di Kuala Lumpur atas urusan perniagaan sejak dua bulan lepas.
Related Posts :
Update [Video Dunia dah kenal siapa najib] Pakatan HARAPAN: Switzerland tak akan curi duit kita. >> Berita Malay 18Rabu, 28 Februari 2018
HARAPAN: Switzerland tak akan curi duit kita
Pakatan Harapan percaya wang rampasan RM400 juta berkaitan 1MDB d… Read More...
Update Gara-Gara Tidak Tahan Dengan Bunyi Tangisan, Pembantu Rumah Dera Bayi 18 Bulan. >> Berita Malay 18
PUNJAB: Oleh kerana tidak tahan dengan bunyi bising yang dilakukan oleh seorang bayi kecil yang berusia 18 bulan, seorang pembantu rumah b… Read More...
Update [Video Part 1 & Part 2-Audio 'Nik Abduh' terima duit Umno] Penang Tunnel Project - Kenapa SPRM tak tahan Azeez, soal Guan Eng. >> Berita Malay 18Rabu, 28 Februari 2018
Kenapa SPRM tak tahan Azeez, soal Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoalkan mengapa A… Read More...
Update Isteri Pertama Suami Izreen Diceraikan >> Berita Malay 18
Pelakon Izreen Azminda pernah dihambat kontroversi apabila berkahwin bersama suami orang secara senyap, Ude Wahid yang bekerja sebagai seo… Read More...
Update Gara-Gara Tidak Tahan Dengan Bunyi Tangisan, Pembantu Rumah Dera Bayi 18 Bulan. >> Berita Malay 18
PUNJAB: Oleh kerana tidak tahan dengan bunyi bising yang dilakukan oleh seorang bayi kecil yang berusia 18 bulan, seorang pembantu rumah b… Read More...