Alhamdulillah, satu demi satu institusi milik orang-orang Islam difaraidkan untuk semua golongan tidak kira kaum, bangsa dan Agama. Jika sebelum ini, syarikat-syarikat Tabung Haji dipindahmilik dan dipajak kepada Special Purpose Vehicle di bawah Kementerian Kewangan, kini giliran Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Sekiranya benar dan tulen surat LZS di atas yang tular di media sosial, kita doakan sahaja yang terbaik. Dengan moto baru 'Manfaat Zakat Untuk Semua', LZS telah membuka pandora box dengan menyediakan manfaat zakat kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira usia, bangsa atau Agama secara langsung atau tidak langsung.
Bahasa mudah yang CTS faham adalah zakat kini tidak terhad kepada golongan asnaf semata-mata. Umat Islam membayar zakat, manfaatnya untuk semua masyarakat Malaysia. Tahniah LZS. Selamat tinggal LZS. Tiada lagi zakat dari CTS mulai tahun ini. Lebih baik diberikan terus kepada golongan asnaf.
Haa tepuk!!!