Update MP UMNO Seperti Goreng Pisang Panas >> Berita Malay 18



Kegelisahan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dengan ketakutan penghijrahan beramai-ramai Ahli Parlimen (MP) UMNO sepatutnya sudah tiada. Ini kerana pemimpin de facto DAP dan Presiden Amanah sudahpun memberi lampu hijau.

Hari ini sahaja 6 orang MP UMNO meletakkan jawatan di dalam UMNO. Semalam hampir keseluruhan pemimpin-pemimpin UMNO Sabah. Kita tahu lambat laun mereka akan memyertai PH. Sekarang ni masih malu-malu babi kata orang.

Akar umbi UMNO tidak perlu risaukan Wakil-Wakil Rakyat mereka yang melompat parti. Biarkanlah. Kalau melompat semua pun bagus. Untuk PRU15, UMNO mulakan dengan meletak muka-muka baru. Ingat katak-katak ni dapat sokongan ka pada PRU15. Karier mereka sudah tamat.

Ibarat kelab bolasepak Inggeris yang dulunya tidak dikenali, Manchester City yang terpaksa menggunakan kekuatan kewangan pelabur Arab membeli pemain-pemain dan jurulatih untuk membolehkan mereka berada di tangga pertama liga. Itulah apa yang dilakukan oleh Bersatu sekarang terhadap Wakil Rakyat UMNO.

Buat pertama kali, saya bersetuju dengan pendapat Rafizi Ramli seperti berikut:


Kesimpulannya, Pakatan Harapan ditubuhkan untuk melawan Barisan Nasional amnya dan UMNO khasnya. Sekarang tidak perlu lagi. MP-MP UMNO berduyun-duyun dipaksa rela menyertai parti tersebut.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :