Update (Nurul Izzah Mahu Silat Warisan Melayu) Kenapa Pemimpin PH Melayu kembali kepada Melayu tiba-tiba >> Berita Malay 18


Kelas latihan seni silat perlu diperbanyakkan di peringkat sekolah dan pelbagai lapangan lain untuk memelihara warisan dan jati diri bangsa Melayu, kata Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar.

Semalam Tun Mahathir ketika melancarkan PPBM Sarawak dengan berani menyatakan Bersatu memang parti rasis yang mempertahankan kaum peribumi. 

Kenapa tidak semena-mena mereka kembali kepada Melayu dan Pribumi sedangkan selama 6 bulan pemerintahan PH, seolah-olah Melayu dan Pribumi tidak wujud dalam kamus hidup mereka.

Bermula dengan perjuangan mahu mengiktiraf UEC Sijil Sekolah Swasta Cina yang menggunakan kurukulum Taiwan dan China, Bahasa pengantar bahasa Mandarin, lembaga Peperiksaan mereka enggan menggunakan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Tanpa memikirkan pandangan orang Melayu, mereka hantam saja apa yang mereka mahu buat.

Mereka memberi peruntukan yang besar kepada Sekolah Swasta Cina seolah semua wang kerajaan itu bapak mereka punya.

Mereka memperjuangkan LGBT demi memenuhi kehendak segelintir puak-puak Liberal tanpa langsung mengendahkan majoriti Melayu Islam.

Mereka tafsir Hiz Ad Din itu menjaga semua agama bukan menjaga Islam sahaja. Mereka tafsir Islam ikut sedap mulut sahaja tanpa memahami Islam sebenar dan tanpa memikirkan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam agama Persekutuan.

Mereka letak bahasa Cina di papan-papan tanda jalan tanpa menghiraukan bahawa Bahasa Melayu itu Bahasa Kebangsaan sehingga kan terpaksa Tuanku SULTAN Selangor sendiri campur tangan dan mengarahkan dibuang tulisan Cina.

Mereka menyokong kebebasan ajaran Syiah dan Ajaran Sesat walau telah jelas diputuskan dalam fatwa di setiap negeri. Adakah mereka memikirkan tentang Melayu Islam merupakan majoriti di negara ini. Mereka tak kesah. 

Mereka juga memakai hamun undang-undang Syariah apabila ada isu sebat seolah-olah tiada Akta Hasutan wujud di Malaysia. Mereka ambil kira perasaan Melayu Islam? Tidak. 

Di Perak bangsa DAP menekan Menteri Besar walau dari kumpulan mereka sendiri agar diberi tempoh pajakan tanah kampung Cina selama 999 TAHUN. Mereka langsung tidak kesah perasaan orang Melayu dan Pribumi yang hanya tempoh pajakan cuma 99 tahun selama ini. Jika mahu dibuat dasar itu sepatutnya bukan untuk Cina tetapi kepada Melayu dan Pribumi. 

Mereka melantik bukan Islam menjadi Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara yang pada mulanya konon atas sebab merit tetapi selepas itu baru jelas merit mereka apabila Kes Rasuah LIM Guan Eng dan kes-kes lain yang melibatkan puak mereka digugurkan dari mahkamah tanpa perlu dibicarakan. 

Paling extreme, mereka mahu meratifikasi ICERD tanpa bertanya sepatah haram kepada orang Melayu dan Pribumi di negara ini. Mereka buat seolah-olah negara ini bapak mereka punya. Malah apabila orang Melayu menyatakan  bantahan, mereka masih berdegil-degil lagi hingga lah setelah didesak lebih keras mereka hanya menangguhkan saja kata Anwar. 

Berpuluh-puluh lagi perkara yang mereka buat tanpa mengendahkan Melayu dan Pribumi walau hanya tempoh pemerintahan HANYA 6 bulan sahaja. 

Mereka tergesa-gesa melakukan apa saja kehendak mereka TANPA ambil kesah majoriti 69% orang Melayu dan Pribumi masih tercangak di Tanah sendiri. 

Seolah-olah perkataan mereka yang sesuai untuk orang Melayu dan Pribumi ialah "Ada aku kesah, aku sedang berkuasa" 

TIBA-TIBA... .. 

SEMALAM, Tun Mahathir dan Nurul IZZAH mula bercakap mengenai Melayu dan Pribumi. Baru ingat kepada kami? 

Tak apa lah, kami sudah kecewa dengan perangai kamu. Biar lah kami menoreh dalam Hujan walau air banjir sampai ke paras dada. 

Biar lah kami nelayan ke laut menangkap ikan walau ombak sebenar bangunan. Biar kami mati dan berkubur di tengah lautan. 

Biar kami fikirkan sendiri macam mana buah-buah sawit ini dijadikan resepi baru untuk membolehkan kami makan semua apabila buah tidak boleh dijual. 

Biar lah kami tanam ubi-ubi kayu untuk dijadikan makan ruji kerana tiada wang untuk membeli beras. 

Biar lah kami undi kerajaan baru pada PRU akan datang kerana kami mengaku telah tersilap membuat keputusan pada PRU14. Kami ingatkan panas sampai ke petang, rupanya Hujan sepanjang zaman. 

Kami mengaku alah sabung, menang sorak pada PRU14 yang lalu. Kerajaan PH hanya "Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang." 

Ada ubi ada batas, ada PRU lagi kami akan balas. 

#CelahGelegar 

Subscribe to receive free email updates: