Update Parti Bersatu memang rasis - Dr Mahathir >> Berita Malay 18


BINTULU: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan parti rasis.

Namun, katanya, ia tidak bermakna Bersatu memusuhi parti lain yang tidak berasaskan kaum seperti PKR, DAP dan Amanah.

Kita tahu Bersatu ini ialah parti rasis, parti terhad kepada peribumi saja termasuk Melayu,” katanya dalam majlis pelancaran Bersatu Sarawak di Dewan Suarah, Bintulu.


ADVERTISEMENT
Berkata di hadapan kira-kira 2,000 ahli Bersatu Sarawak, beliau menjelaskan mengapa parti itu mengehadkan penyertaan satu kaum sahaja.

Jelas beliau, hanya Pribumi saja yang dapat membela nasib kaum tersebut.

Sebab orang peribumi sedar mereka masih rasa tidak senang dengan taraf hidup, kemajuan.
“Oleh itu, mereka masih berpendapat hanya parti Pribumi saja yang boleh berjuang melindungi hak mereka,” kata Dr Mahathir.

Bersatu melancarkan partinya secara rasmi di Sarawak malam tadi. - Astro AWANI  #CelahGelegar 

Subscribe to receive free email updates: