Pengerusi Kumpulan PNB, TS Zeti Aziz perlu belajar lebih mendalam mengenai teknik berbohong. Laporan akbar Berita Harian mengatakan bahawa program ADAM50 terpaksa ditamatkan disebabkan kurang sambutan.
Ironinya, di bawah artikel yang sama pula tertulis peruntukan Kerajaan sebanyak RM10juta telah digunakan sepenuhnya. Pelik tapi benar.
Adam adalah nama cucu Mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Oleh itu, kemungkinan besar program yang dibatalkan. Ini tahun depan akan dilancarkan semula menggunakan nama cucu Perdana Menteri yang baru.
Macam tidak biasa pula bab penjenamaan semula atau rebranding ini sejak Kerajaan Baharu memerintah. Seperti kata Mantan Perdana Menteri,
Kalau tak suka nama ADAM50, boleh jenamakan semula kepada GuanEng50. Maszlee50 ke atau MatSabu50 pun boleh. Janganlah mansuh.