Update Satu Kejayaan Cemerlang Menteri Pendidikan Dalam Tempoh 61 Tahun >> Berita Malay 18


Tahniah kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di atas kejayaan cemerlang yang tidak pernah dicapai oleh Menteri Kerajaan BN selama 61 tahun.

Pada 15 Oktober bulan lalu, Dr Maszleememaklumkan bahawa satu kajian sedang dilakukan untuk mengkaji stokin warna apa yang paling sesuai dipakai dengan kasut sekolah hitam. Syukur.  Kajian ini telah berhasil.

Semalam, selepas 1 1/2 bulan kajian mula dijalankan, Kerajaan Pakatan Haraoan mengumumkan secara rasmi bahawa stokin warna hitam perlu dipadankan dengan kasut sekolah hitam.

Tahniah diucapkan kepada Menteri Pendidikan di atas kejayaan gemilang ini. Keputusan yang sangat penting ini dibuat dalam masa kajian yang sangat singkat. Hebat!!!

Subscribe to receive free email updates: