Update 1 exco Pemuda Bersatu SEDIA BERPERANG Pertahankan Syed Saddiq >> Berita Malay 18



Seorang exco Pemuda Bersatu memberi amaran terhadap sebarang usaha untuk menyingkirkan ketua mereka Syed Saddiq Syed Abdul Rahman oleh beberapa ketua bahagian BERSATU.

Ketua Biro Sukan Permotoran Pemuda Bersatu Zainal Abidin Sihab dalam satu kenyataan berkata anak muda sentiasa bersemangat menentang penindasan dan juga juga sentiasa bersedia untuk berperang.

Justeru menurut Zainal, beliau dan penyokong yang lain berdiri teguh dan menyokong penuh kenyataan Syed Saddiq yang membidas 'perangai bawaan Umno' sebahagian ketua bahagian Bersatu.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan mesej perbualan di media sosial antara ketua-ketua bahagian Bersatu yang berusaha menjatuhkan ketua sayap pemuda parti mereka.

Ketua-ketua bahagian Bersatu dikatakan membincangkan usaha untuk menyingkirkan Syed Saddiq kerana menyelar pemimpin parti yang meminta projek dan jawatan dari kerajaan.

Mesej perbualan di media sosial antara ketua-ketua bahagian Bersatu menunjukkan mereka melepaskan geram terhadap Menteri Belia dan Sukan itu.
Ahad lalu, Syed Saddiq menyelar perwakilan Bersatu yang meminta supaya kontrak kerajaan dan jawatan diberikan kepada mereka ketika perhimpunan agung tahunan parti itu.

Tidak lama selepas itu, Naib Presiden Bersatu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyatakan adalah 'bodoh' jika pemimpin parti itu tidak menggunakan sumber kerajaan termasuk menerima kontrak dan jawatan.

Abdul Rashid juga berkata Bersatu perlu menang dengan 'menggunakan apa sahaja cara'.

Susulan itu, pemimpin Pemuda Bersatu menyelar kenyataan Abdul Rashid dan mempertahankan pendirian ketua mereka. - MK

Subscribe to receive free email updates: