Update 2019: HARI BARU, TAHUN BARU TAPI JANJI LAMA... HAPUS TOL DAN PTPTN ANTARA IGAUAN PH >> Berita Malay 18







Janji Pakatan Harapan (PH) mengenai penghapusan tol dan juga janji mereka sebelum ini kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilihat bukan sahaja menghiasi kedatangan tahun baru 2019 malah menjadi mimpi ngeri terhadap kerajaan hari ini.

Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata perkara berkenaan juga menjadi igauan buat penyokong PH namun segala-galanya telah terlambat.

Menurut beliau berjanji sememangnya perkara yang cukup mudah kerana ianya sekadar bermodalkan air liur semata-mata namun segala pelaksanaan dan perancanganya bukanlah semudah yang disangka dan hari ini tahun 2019 kesannya mula dirasai oleh pelbagai peringkat.

“Berjanji memang murah bermodalkan air liur tetapi melaksanakannya tinggi kosnya. Kepada rakyat yang memilih PH segalanya sudah terlambat kerana masa untuk menukar pentadbiran baru masih jauh. Tangan yang memangkah perlu juga berani berusaha mencari duit tambahan. Hadapilah pilihan anda.

“Hari baru, tahun baru namun janji lama masih menjadi hutang lapuk. Sempena tahun baru ini, jika kita memiliki media sosial seperti Facebook, Twitter dah WhatsApp kita dapati netizen melahirkan rasa kecewa kerana harga minyak masih mahal.

“Janji pihak berkuasa untuk mula membuat apungan harga minyak petrol akhirnya tidak menjadi kenyataan, malah janji berhubung minyak petrol sebagai janji pilihan raya tidak dipenuhi, yang kedengaran hanya alasan demi alasan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Azhari seterusnya menambah kesan domino daripada harga minyak petrol dikhuatiri bakal memberi kesan kepada harga barang keperluan di pasaran.

“Sudah sampai masanya kita melihat masalah kemiskinan rakyat sebagai masalah yang perlu diatasi segera. Tanpa elemen asas seperti makanan, pendidikan dan kesihatan yang terjaga maka kualiti kehidupan rakyat akan jatuh merudum. Ia mampu menyebabkan masalah sosial semakin berleluasa.

“Ini baru satu bab dalam pentadbiran kerajaan. Masih banyak isu yang masih belum selesai dalam kalangan rakyat akibat janji manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang tidak dipenuhi oleh Kerajaan Persekutuan hari ini. Kini ia menjadi legasi masalah sesama mereka,” ujarnya lagi.


Subscribe to receive free email updates: