Update Adakah McDonalds Malaysia Melanggar Akta Franchise 1998? >> Berita Malay 18

CTS menganggap diri sebagai Sosial Politic (SOPO) blogger dan lebih berminat menulis mengenai politik tanah air. Namun, apabila membaca artikel daripada sahabat lama blogger, Double Y, baca artikel sepenuhnya di sini, CTS tergerak untuk berkongsi luahan hati beliau.

Untuk pengetahuan selain tidak mendaftarkan Francisi mereka, terdapat lagi tiga kesalahan  membuktikan McDonalds Malaysia melanggar Akta Francais 1998.

1. Territory Rights / Hak Wilayah


Akta Francais 1998 - Perjanjian Francais Bahagian III 

Berdasarkan Akta Francais 1998, dalam bahagian III di bawah klausa 18 perkara 2 (b) perjanjian francais menyatakan :
"Hak wilayah yang diberikan kepada pemegang francais (francaisi) dan menjadi kewajipan pemberi francais (francaisor) untuk mematuhi perkara itu di mana kegagalan mematuhi subseksyen 2 menjadikan perjanjian batal dan tidak sah."

Namun apabila merujuk dalam perjanjian McDonalds Malaysia dengan Francaisi hak wilayah tidak dinyatakan secara eksklusif dan tidak dilindungi seperti termaktub dalam Akta Francais 1998.




Bermakna dalam perjanjian McDonalds Malaysia - Hak Wilayah bagi Francaisi berdasarkan saiz restoran sahaja dan tidak dilindungi. Francaisor boleh sesuka hati membuka restoran baru dalam wilayah Francaisi pada bila-bila masa tanpa merujuk kepada Francaisi.

Ini adalah terma perjanjian yang gila dan tidak masuk akal.

Biasanya Francaisor menggunakan rekod jualan dalam sesuatu wilayah untuk membuka satu outlet baru dan ini adalah satu penganiayaan yang nyata.

Jika rekod jualan Fraincisi dalam sesuatu wilayah banyak dan lumayan, Fraincaisor membuka outlet sendiri bermula dengan satu outlet kemudian menjadi dua, tiga dan seterusnya.

Secara logiknya, tidak masuk akal Francaisor dan Francisi bersaing di antara satu sama lain, sepatutnya hak wilayah dinyatakan dengan jelas daripada sudut geografi sama ada meliputi Daerah, Pekan, Mukim atau Radius Kilometer.

Berdasarkan hak wilayah jelas menunjukkan perjanjian di antara McDonalds Malaysia dengan Francaisi bercanggah dengan Akta Francais 1998 dan sekiranya perkara ini disahkan benar ke semua perjanjian yang wujud atau sedang berkuatkuasa ketika ini secara teknikalnya terbatal.

2. Promotion Fund / Yuran Pengiklanan

Francaisor kutip yuran pengiklanan atau promosi tidak menjadi satu kesalahan tetapi wang tersebut hendaklah diuruskan di bawah akaun berasingan sebagai mana termaktub di bawah Perkara 20 Akta Francais 1998.

Namun McD Malaysia tidak pernah membentangkan penyata kewangan kepada Francisi mereka. Bermakna McD Malaysia melanggar Akta Francais 1998 di bawah Perkara 22 dan 23.


Perkara 20 - Akta Francais 1998

Perkara 20 (4) dan 23 (2) - Akta Francais

Tanpa laporan atau penyata kewangan Francisi tidak dapat membuat semakan berapakah yuran yang telah dikutip daripada semua Francisi dan berapakah yang telah dibelanjakan.

Malah menurut maklumat diperolehi sejak McD Malaysia ditubuhkan di Malaysia hanya dua kali McD Malaysia membentangkan dan memulangkan semula baki kutipan yuran pengiklanan kepada Francisi mereka iaitu sekitar tahun 2012.

Sebagai contoh, hasil kutipan yuran pengiklanan daripada keseluruhan Francisi berjumlah RM5 juta dan jumlah yang McD Malaysia belanjakan untuk pengiklanan cuma RM2 juta. Baki RM3 juta sepatutnya dibentangkan dan dipulangkan kepada Francisi.

Tetapi perkara ini tidak dilakukan, justeru ke mana baki perbelanjaan daripada yuran pengiklanan selama ini?

3. Diskriminasi 

Dalam Akta Francais 1998, Perkara 20 menyebut;

"Francaishor tidak boleh mengamalkan diskriminasi tanpa alasan munasabah ke atas pemiliki pemiliki Francais (Francaisi)"
Akta Francais 1998 - Perkara 20

McD Malaysia turut mengamalkan diskriminasi ke atas Francisi dengan meletakkan syarat yang berbeza-beza. Sebagai contoh perkhidmatan Drive Thru sepatutnya diberikan kepada pengendali berpengalaman menguruskan restoran McDonalds tetapi berdasarkan aduan membuktikan sebaliknya berlaku.

Aduan

Semua yang saya paparkan ini hanya sebahagian daripada sisi gelap McDonalds Malaysia. Bila saya kata ini adalah bahagian pertama sudah pastinya ada bahagian yang kedua. Dalam bahagian kedua saya memperincikan penipuan, penganiayaan dan perkauman yang McDonalds Malaysia diamalkan oleh McDonalds Malaysia.

Sebelum itu, saya mahu pihak berwajib memberi satu jawapan munasabah kenapa tiada tindakan diambil terhadap McDonalds Malaysia walaupun jelas mereka melanggar Akta Francais 1998.



Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :