Anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang ditahan polis selepas disyaki positif ganja telah dibebaskan dengan jaminan polis, petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, turut dibebaskan dengan jaminan polis ialah rakan suspek berusia 33 tahun.
“Kedua-dua mereka dibebaskan lewat petang tadi dengan jaminan polis,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Terdahulu, suspek yang berusia 31 tahun ditahan dalam Op Pusat Hiburan yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 12.30 malam tadi.
Menurut sumber, suspek bersama rakannya merupakan 101 individu iaitu 55 wanita dan 46 lelaki yang diperiksa dalam operasi itu.
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya di sini hari ini.
Related Posts :
Update Pakaian pramugari: Peringatan untuk menteri KAFIR >> Berita Malay 18
PERMINTAAN pelbagai pihak, termasuk pramugari sendiri, supaya dibenarkan memakai tudung ketika bertugas, adalah logik dan dan wajar.
Tida… Read More...
Update rakyat PROTES PH punca % mengundi RENDAH >> Berita Malay 18
KLANG - Barisan Nasional (BN) mendakwa peratusan jumlah keluar mengundi rendah memperlihatkan sikap protes rakyat terhadap Kerajaan Pak… Read More...
Update PRK Sg Kandis: PKR 15,427, BN 9,585, Bebas 97 undi >> Berita Malay 18
PRK Dun Sungai Kandis dimenangi calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dengan undian sebanyak 15,427.
Mohd Zawawi mendapat majoriti se… Read More...
Update ETIKA Islam Ziarah Mayat Kafir, Lain Macam Ajaran Menteri Segala Agama >> Berita Malay 18
Etika dan cara menghadiri mayat orang kafir dicatatkan dalam beberapa riwayat yang ada kaitan mengenainya, di antaranya:
Maksudnya: “Muha… Read More...
Update 13 Million ... 10 Years, In Counting >> Berita Malay 18
Dear Visitors,
It's been nearly 10 years since I started this blog on August 21, 2008.
It's been one long and winding road, usually u… Read More...