Menurut sumber yang rapat dengan usaha rundingan tersebut, Azmin mengatasi Anwar dalam pilihan itu kerana mahir berunding. |
Mereka terbahagi kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan mahu presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan nombor satu itu seperti dipersetujui Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14), sementara satu kem lagi mahu Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di tempat berkenaan.
Menurut sumber yang rapat dengan usaha rundingan tersebut, Azmin mengatasi Anwar dalam pilihan itu kerana mahir berunding.
“Parti tahu tentang kemahiran Azmin sebagai perunding terbaik pernah mereka lihat,” beliau memberitahu FMT.
Bagaimanapun katanya, Anwar berharap dapat mengimbangi Azmin dengan melantik ketua PKR negeri yang tidak menyokong timbalan presiden itu.
Sumber mengesahkan Anwar mengadakan perbincangan dengan ketua bahagian kira-kira sebulan sebelum melantik pemimpin negeri.
Dalam perbincangan tersebut katanya, ketua bahagian yang menyokong Azmin memberi cadangan masing-masing, tetapi Anwar mempunyai budi bicara untuk membuat keputusan terakhir tentang siapakah yang hendak dilantik.
“Ini yang sebabkan beberapa orang tidak puas hati kerana calon mereka tidak dipilih sebagai pengerusi negeri.
“Tetapi Anwar tidak melantik mereka yang lantang menolak Azmin,” katanya, sambil menambah tindakan tersebut bertujuan mengekalkan keharmonian dalam parti.
Bagaimanapun menurut sumber lain, kalau rundingan menolak Anwar berterusan, perebutan kuasa dalam parti akan menjadi lebih buruk.
Buat masa ini, walaupun hampir semua pemimpin PKR negeri yang baru dilantik adalah penyokong Anwar, sokongan untuk Azmin masih mengatasi presiden itu.
Pada November, sekutu Azmin memenangi jawatan tinggi dalam pemilihan PKR, mengukuhkan kedudukannya di peringkat akar umbi.
Pada Jumaat lepas, Anwar melantik Rafizi Ramli sebagai salah seorang daripada 3 naib presiden lantikan.
Ini membuatkan Azmin meluahkan perasaan tidak puas hatinya secara terbuka. Beliau mendesak Anwar mengkaji semula pelantikan tersebut dan mendakwa beberapa individu dilantik terlibat secara langsung dalam proses pemilihan yang tidak telus.
Azmin tidak menamakan mana-mana individu itu. - FMT #CelahGelegar