Seorang lelaki mengaku tidak sengaja merogol anak perempuannya sendiri selepas mabuk dan keletihan pada majlis resepsi perkahwinannya.
Dalam kejadian di Kolding, selatan Denmark pada Ogos tahun lepas, anak perempuannya yang berusia 20 tahun itu mabuk teruk dan tidak mampu pulang ke kediaman sementaranya yang terletak berdekatan.
Lelaki berusia 50 tahun itu kemudian membawa anaknya ke bilik dan membaringkannya di atas katil pengantin.
Tidak lama kemudian, pasangan pengantin itu kembali ke bilik dengan si bapa tidur di tengah-tengah di antara anak dan isteri baharunya.
Dalam penghakiman kes baru-baru ini, tertuduh berkata dia tidak sengaja merogol anak perempuannya kerana menyangkakan mangsa ialah isteri baharunya.
Anaknya bagaimanapun berkata ayahnya sengaja melakukan perbuatan terkutuk itu walaupun dia merayu agar tidak diperlakukan sedemikian dalam kejadian sekitar jam 4 dan 4.45 pagi itu.
Mangsa dipercayai tidak dapat melawan disebabkan mabuk teruk.
Tertuduh yang didapati bersalah dijatuhi hukuman penjara dua tahun enam bulan. astroawani.com
Related Posts :
Update PH lantik naib presiden baharu wakili India, Sabah >> Berita Malay 18M Kulasegaran dari DAP dan Christina Liew dari PKR diumum naib presiden gabungan pembangkang itu.
KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Hara… Read More...
Update Hormati hak demokrasi akar umbi, Amanah beritahu Zuraida >> Berita Malay 18
Nawar Firdaws
| September 11, 2017
Mereka berhak menyuarakan pendapat walaupun sesetengah pihak tidak menyenanginya, kata Salahuddin… Read More...
Update Hormati hak demokrasi akar umbi, Amanah beritahu Zuraida >> Berita Malay 18Mereka berhak menyuarakan pendapat walaupun sesetengah pihak tidak menyenanginya, kata Salahuddin Ayub.
PETALING JAYA: Tidak kira apa isinya… Read More...
Update Protes Harga Minyak: 'Siapa tak hon, dia sokong BN' >> Berita Malay 18
Walaupun protes kenaikan harga minyak oleh Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini dibatalkan di ibu kota, ia tetap diteruskan di Kota… Read More...
Update SULTAN KEDAH MANGKAT >> Berita Malay 18
Alor Setar - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Ketika ini, Me… Read More...