Ini lah contoh jenis pemimpin yang masih tak sedar diri..! Masih bersisa yang tetap tinggal didalam UMNO..!
Jenis tak pernah mengakui kesilapan dan meletakkan kesalahan kepada orang lain..! Bagi puak ni mereka sahaja yang betul lagi benar..!
Itu sebab rakyat malah ahli UMNO sendiri muak dengan pemimpin sebegini dan diterjemahkan ke kertas undi dalam PRU yang lalu..!
Bekas menteri Tajuddin Abdul Rahman memberi bayangan mengenai watak yang didakwanya menggerakkan inisiatif supaya Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur dari jawatan berkenaan.
Menurut anggota Majlis Tertinggi Umno itu ia didalangi segelintir pemimpin parti yang kecewa kerana parti itu kalah dalam PRU ke-14 dan kumpulannya pula gagal mendapat tempat dalam pemilihan parti selepas itu.
Tajuddin yang turut menawarkan diri menjadi naib presiden Umno dalam pemilihan tersebut bagaimanapun memberitahu Malaysiakini, gerakan tersebut berasal dari Johor tetapi tidak serius malah bukan datang dari akar umbi.
Malah katanya ia tidak menggambarkan kehendak keseluruhan kepemimpinan Umno negeri terbabit.
"Ada beberapa orang yang terbawa-bawa dengan kekalahan calon mereka, calon yang mereka bawa pada pemilihan presiden.
"Mereka mungkin penyokong Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) dan penyokong Khairy Jamaluddin," katanya dalam temu bual di Kuala Lumpur.
Cukup cukup la membodohkan diri..! Ahli UMNO dan rakyat yang ada akal budi tahu mana yang terbaik untuk parti..!
Kalau tak kuat penolakan ke atas Zahid kenapa Zahid bercuti?
Kenapa Najib sendiri berhenti?
Sekurang kurang Najib dan Zahid mengambil tanggungjawab dan memilih mengorbankan diri demi kepentingan parti..!
Tajuddin?
Lu Fikir La Sendiri..!