Walaupun tewas, Lim Guan Eng yang juga Menteri Kewangan Hong Kong berkata, kem Pakatan Harapan masih berbangga kerana berjaya menambah undi sebanyak tiga peratus selain mengurangkan jumlah majoriti yang dimenangi pihak lawan. Kata beliau,
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada UMNO dan Pas di atas gabungan mereka yang berjaya meraih sokongan daripada MCA dan MIC dalam PRK ini. Ia sesuatu di luar jangkaan.
Peratusan undi secara keseluruhannya turun sebanyak 10 peratus. Tetapi untuk kawasan-kawasan di mana kita kuat seperti di Tanah Rata, penurunan lebih jelas iaitu sebanyak 15 peratus. Itu antara sebab undi kita tidak dapat dimaksimakan.
Bagaimanapun, kita masih berjaya menambah undi dah mengurangkan majoriti pihak lawan. Ini memberi galakan kepada kita untuk terus berjuang.
CTS seorang juruaudit. Sebagai juruaudit, fakta dan data amat penting dalam membuat kesimpulan. Tidak perlu buat analisa rumit. Lihat fakta di baeah.
Pada PRU 14, M Manogaran kalah dengan memperolehi 9,710 undi.
Pada PRK 26 Januari 2019, M Manogaran kalah dengan memperolehi 8,800 undi.
Kesimpulannya, ikut celah mana undi Pakatan Harapan meningkat sehingga tiga peratus? Jadi tidak hairanlah titik perpuluhan, angka trillion dan billion menjadi masalah besar buat Lim Guan Eng.