Update Harga Petrol: PH pakar U-turn kata MCA >> Berita Malay 18

Pada 24 Disember 2018, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengumumkan harga minyak RON95 akan dijual dengan harga lebih murah mulai 1 Januari tahun depan.

Kurang 24 jam melangkah ke tarikh 1 Januari 2019, Guan Eng memberitahu bahawa penurunan harga petrol RON95 itu ditangguhkan.

Mungkin ini 'hadiah' tahun baharu 2019 daripada kerajaan Pakatan Harapan.

Jangan sesekali kita lupa mengenai petrol RON95 yang dikenakan cukai secara senyap selama ini.

Ini tulisan saya pada 22 Disember lalu : 

Kejatuhan harga minyak dunia dilihat ketara sejak dua bulan lepas.

Ramai yang merasakan harga petrol RON95 juga turun daripada harga semasa iaitu RM2.20 per liter dan kerajaan telah mengutip cukai berjumlah RM100 juta setiap minggu.

Ramai juga yang berpendapat bahawa harga petrol RON95 yang sebenarnya ialah RM1.90 per liter, mungkin lagi rendah.

Bolehkah kerajaan PH mengesahkan perkara ini?

Sekiranya anda telah mengutip cukai petrol dalam tempoh dua bulan ini dan bukannya memberi subsidi sebagaimana yang dijanjikan, setidak-tidaknya anda perlu berani untuk memberitahu perkara sebenar kepada rakyat.

Sejak 10 tahun lepas, kerajaan BN terdahulu tidak pernah mengenakan cukai untuk petrol RON95.

Oleh : Wee Ka Siong         #CelahGelegar

Penulis adalah YB Datuk Seri Ir Dr. Wee Ka Siong (lahir 20 Oktober 1968) merupakan Presiden parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Ahli Parlimen Ayer Hitam dari Barisan Nasional-MCA.Beliau juga merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa dibawah pentadbiran Najib Razak.

Subscribe to receive free email updates: