Tanda tanda mual dah mula ada, kebanyakkanya pulak secara berjemaah namun senyap dan sunyi bersetuju untuk 'melahirkan' kandungan yang terpendam dalam PRU yang akan datang..!
Tapi PRU lambat lagi bro..! Boleh putus urat kalau asyik menahan hancing tu..!
Nasib baik suara suara sumbang kedengaran lebih awal yang menyebabkan PPJ terbantut nak menyembur semburan hancingnya..!
Kadar sewa kuarters PPj tak naik
Kadar sewa kuarters milik Perbadanan Putrajaya (PPj) Blok F dan Blok G di Presint 11 di sini kekal tanpa sebarang kenaikan.
Presiden PPj Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata PPj telah membuat keputusan untuk tidak menaikkan kadar sewa kuarters milik PPj di Presint 11 kerana tidak sesuai dilaksanakan dalam keadaan semasa.
Beliau berkata perkara itu diputuskan selepas berbincang dengan Kementerian Wilayah Persekutuan.
Pada Isnin, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan di Facebook miliknya mendakwa kadar sewa kuarters PPj naik berganda dari RM400 kepada RM800 sebulan serta menyertakan dua keping gambar notis makluman kadar baharu sewaan kuarters Blok F dan G milik PPj Presint 11.
Dalam notis makluman kadar baharu, ia menyatakan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan PPj telah menetapkan kadar baharu bagi sewaan kuarters PPj iaitu Blok F (Aras 1 hingga 16) ialah RM800 manakala Blok G Aras bawah dan Aras 1 ialah RM800 manakala Aras 2 (RM700) dan Aras 3 dan 4 (RM600). - BERNAMA
Tak jadi naik sekarang bukan bermakna tidak akan naik..! Zaman PH ni bila bila masa boleh naik..! bila bila masa boleh turun..!
Anjing kalau ada peluang, kalau tak gigit pun tetap menghidu..!
Setuju..!
Lu Fikir La Sendiri..!