 |
Imej via Utusan |
KUALA LUMPUR 10 Jan. - Satu perbincangan berhubung mata pelajaran pendidikan seks akan diadakan antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, berdasarkan rekod dan statistik, sebanyak sembilan peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar di kelas peralihan seluruh negara dikesan aktif dalam hubungan seks.
Katanya, beliau sendiri akan mengadakan perbincangan dengan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Ni Ching.
"Pada masa ini semua pihak harus bekerjasama dan berkongsi idea dalam mengatasi masalah hubungan seks di kalangan pelajar.
"Bagi saya, statistik sembilan peratus pelajar kelas peralihan terbabit dalam hubungan seks bebas adalah satu jumlah yang besar," katanya selepas merasmikan penutup Forum Kes Penderaan Kanak-kanak Semakin Meningkat: Adakah Undang-undang Kurang Berkesan? di Maktab PDRM Kuala Lumpur di sini hari ini.
Menurut Hannah, pada mesyuarat antara kementeriannya dan Kementerian Pendidikan itu, satu solusi akan diputuskan dalam memastikan mata pelajaran pendidikan seks dapat dilaksanakan di semua peringkat sekolah.
Jelasnya, sekiranya kita tidak mengajar kanak-kanak ini tentang pendidikan seks mengikut perkembangan semasa mereka akan mengetahuinya melalui media sosial yang jika tidak digunakan dengan cara yang betul akan menghancurkan satu generasi.
"Dalam zaman serba moden ini remaja seawal usia 13 tahun sudah tahu tentang apa itu seks namun mereka perlu diberikan maklumat yang betul tentang perkara itu.
"Justeru pengajaran dalam mata pelajaran pendidikan seks ini adalah amat penting dalam menyampaikan sesuatu perkara yang benar kepada anak-anak kita," katanya.
Sumber -
UTUSAN ONLINE
loading...
Related Posts :
Update [Video PAS beri laluan pada Umno di PRK Port Dickson] Salam, Apa khabar 3-0! Langkah PD: Ada apa-apa masalah ke? >> Berita Malay 18Khamis,13 September 2018
Pointing fingers politicians...
Tumpang sekole.
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 13 min… Read More...
Update Ketua Pemuda UMNO Bhg: Beri Menang Percuma kepada Anwar, Jangan bertanding >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR: Seorang Ketua Pemuda UMNO bahagian mencadangkan parti itu dan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding di Parlimen Port Dicks… Read More...
Update Jika Anwar kalah di PD, mungkin disabotaj Azmin Ali dan Tun M >> Berita Malay 18
SUNGAI BESAR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos sedia menawarkan diri berkempen untuk Ketua Umum PKR, Datuk Ser… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/09/update-ini-adalah-taktik-buli-untuk.html">Update "Ini adalah taktik buli untuk menyingkirkan saya ketuai pembelaan kes Najib" >> Berita Malay 18
Jika sebelum ini, peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hadir ke mahkamah sebagai peguambela bagi mewakili anak guamnya, nam… Read More...
Update Nepotisme? Kami dipilih rakyat, kata Wan Azizah >> Berita Malay 18
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menepis tuduhan nepotisme daripada orang ramai yang tidak berpuas hati apabila pilihan raya diadakan … Read More...