Update KPM janji tidak berlaku lambakan pelajar di sekolah harian - Maszlee >> Berita Malay 18

Imej via FB Kementerian Pendidikan Malaysia
PUTRAJAYA 2 Jan. - Tidak akan berlaku lambakan pelajar di sekolah harian susulan dasar Kementerian Pendidikan yang memberi keutamaan terhadap penempatan golongan berpendapatan rendah (B40) di sekolah berasrama penuh (SBP).

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, lambakan pelajar tidak menjadi isu kerana setiap sekolah mempunyai kuota kemasukan masing-masing seperti ditetapkan selama ini.
“Polisi kita pada kali ini adalah mengembalikan semangat SBP yang kalau dulu kita lihat memberi ruang kepada golongan miskin luar bandar dan kurang kemampuan.

“Tetapi mutakhir ini, ia telah menjadi sekolah elit kerana ramai anak orang kaya pun pergi sekolah asrama penuh dan akhirnya anak kurang kemampuan tidak dapat peluang,” katanya ketika ditemui selepas tinjauan hari pertama sesi persekolahan Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 14(1) di sini hari ini.

Pada masa sama, Maszlee menjelaskan, pelajar cemerlang akan sentiasa berjaya di mana-mana sekolah walaupun tidak mendapat tempat di SBP.

Katanya, mereka mempunyai rekod cemerlang namun sebaliknya tidak dapat memasuki sekolah berasrama, pelajar berkenaan mampu meraih pencapaian sama ada di dalam bidang akademik dan korikulum.

“Mengikut pengalaman, saya lihat pelajar cemerlang walaupun di sekolah kampung (luar bandar), pun akan cemerlang.

“Insya-Allah mana jua sekolah pelajar masuk, mereka akan berjaya dengan berkat didikan guru dan ibu bapa,” katanya. - UTUSAN ONLINE

loading...

Subscribe to receive free email updates: