Update [KUANTAN] IBU RAYU ANAK PULANG >> Berita Malay 18



KUANTAN 2 Jan. - Seorang ibu dari Sungai Soi di sini merayu anak perempuannya, Puteri Nurmazarina Mohd. Azli, 15, yang menghilangkan diri sejak 7 Disember lalu supaya segera pulang ke pangkuan keluarga.

Puteri Mainoor Fatahaman, 42, berkata, dia dan suaminya, Mohd. Azli Nafiah, 42, berharap anaknya itu yang menghilangkan diri tanpa sebarang pesanan melupakan jika ada berlaku perselisihan faham antara mereka sebelum ini.

"Pada 7 Disember lalu saya ada menegurnya kerana terdapat gigitan cinta pada lehernya.

"Selepas itu, kira-kira pukul 8 malam dia keluar kata mahu lepak bersama kawan-kawannya dan pada pukul 9.30 malam saya menghantar mesej kepadanya melalui WhatsApp yang hanya dibaca oleh anak saya," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Puteri Mainoor berkata, anak perempuannya itu sepatutnya memulakan sesi persekolahan di tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Soi, di sini hari ini.

"Tapi hari ini dia masih belum pulang dan saya dan suami akan pergi ke sekolah bagi memohon penagguhan kemasukkannya," ujarnya.

Jelasnya, sejak kehilangannya, dia dan suami telah cuba mencari termasuk bertanya kepada rakan Puteri Nurmazarina, namun semua hanya menjawab tidak mengetahuinya.

"Nombor telefon yang digunakan juga masuk pesanan suara jika dihubungi," katanya.

Menurutnya, ekoran kehilangan anaknya itu, dia telah membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini pada 8 Disember lalu.


Subscribe to receive free email updates: