Kuantan, 3.1.2019 - Kementerian Kewangan menunjukkan laporan ekonomi negara yang kononnya berkembang dan pelaburan mengalakkan dikecam hebat netizen.
"Yang rakyat nak adalah harga minyak turun, harga barangan keperluan harian turun, SST yang membebankan diganti semula dengan GST." - demikian antara komen disebuah laman facebook.
Harga minyak yang tidak pernah turun sejak kera-jaan PH berkuasa juga bangkitkan kemarahan rakyat kerana kera-jaan yang ada kini sewaktu mereka pembangkang merekalah yang hebat mengecam kerajaan BN mengenai isu harga minyak.
Membandingkan harga minyak semasa kerajaan BN yang rata-rata lebih murah dari sekarang serta janji kera-jaan PH untuk menurunkan harga minyak bila berkuasa membuatkan rakyat tidak puas hati dengan kera-jaan.
Perbuatan menteri-menteri kera-jaan PH jadikan alasan menyalahkan kerajaan terdahulu juga sangat membosankan rakyat. Kera-jaan tidak boleh terus-terusan jadikan DS Najib dan kerajaan dahulu sebagai alasan lagi.
Mereka dah diberi kepercayaan dan mereka berjanji untuk mengubahnya, jadi ubahlah dan jangan banyak memberi alasan.
Ramai kalangan rakyat bersetuju jika PRU diadakan semula bagi memberi mandat baharu agar kerajaan baharu dapat membentuk kabinet baharu yang lebih mantap lagi.
Ramai juga berpendapat menteri-menteri yang ada ketika ini gagal berperanan dengan berkesan bahkan ramai antaranya bagaikan tidak tau apa yang patut dilakukan.
Rakyat tidak mahu dijadikan tikus makmal dan bahan ujian kepada kera-jaan baharu dalam mencuba dasar-dasar dalam pentadbiran mereka.