Hari ini, Menteri Industri Utama Teresa Kok mendakwa kerajaan BN telah memaksa Lembaga Getah Malaysia (MRB) menjual 2,800 ekar tanahnya pada harga di bawah pasaran sebanyak hanya RM1.5 bilion pada 2010 kepada syarikat Aset Tanah Negara Berhad (ATNB) melalui jualan secara langsung.
Teresa juga mendedahkan bahawa selepas itu, tanah 2,800 ekar tersebut dijual dua tahun kemudian oleh ATNB kepada syarikat Kwasa Land pada tahun 2012 dengan harga RM2.28 bilion tanpa tender. Jahat betul Kerajaan BN kan?
Pertama, MRB ialah agensi milik penuh kerajaan Malaysia. Kedua, ATNB juga ialah agensi milik penuh kerajaan Malaysia. Ketiga, Syarikat Kwasa Land pula ialah syarikat milik penuh KWSP dan telah mula memajukan tanah itu untuk membina pusat bandar baru, bernama Kwasa Damansara.
Kesimpulannya, Teresa Kok telah menuduh BN telah memaksa Kerajaan untuk menjual tanah Kerajaan kepada Kerajaan dan selepas itu memberi peluang untuk KWSP mengaut keuntungan berpuluh-puluh bilion untuk pencarum mereka.
Janaht sungguh Kerajaan BN.