Update UTC Jadi U-Turn >> Berita Malay 18



Kalau bukan buat keputusan u-turn, bukan Kerajaan PH namanya. Kementerian Kewangan telah mengubah kembali perubahan waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) dari jam 8 pagi sehingga 7 petang sahaja bermula dari 1 Januari 2019 lalu.

Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan mengumumkan 7 buah UTC akan dibuka semula waktu operasinya sehingga 10 malam seperti sebelum ini.

Tindakan u-turn ini dilakukan setelah orang ramai membidas keputusan pemendekan waktu perkhidmatan yang dianggap tidak lagi memudahkan urusan di luar waktu pejabat.

Alasan yang diberikan sebelum ini adalah kehadiran pelanggan hanya 11% selepas pukul 7 malam dan bagi memastikan perbelanjaan kerajaan adalah efisien bagi UTC iaitu menyampaikan perkhidmatan cekap tanpa pembaziran waktu dan tenaga.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :