Tangan sapa dicurigai, tangan Azmin atau Hishamuddin...
Anwar Ibrahim menyebut perihal mengenai tangan yang dicurigai yang akan mengganggu agenda Reformasi yang dibawanya. Beliau mahu orang beringat-ingat dengan tangan berkenaan.
Apabila Anwar menyebut mengenai tangan "haram" itu tentu ramai yang memalingkan muka kepada Azmin Ali kerana hubungan di antara mereka kini ada sedikit masalah. Relation mereka berdua sedikit tegang dan tidak begitu aman. Semuanya berpunca ekoran perselisihan berkaitan pelantikan beberapa pimpinan tertinggi termasuk Naib Presiden tambahan dalam Keadilan.
Azmin secara terus terang tidak bersetuju dengan cara Anwar menyusun parti apabila dianggap tidak mencerminkan "fair and just representation" seperti mana digambarkan oleh oleh ahli parti semasa dalam pemilihan parti. Pokok menjadi pertikaian Azmin ialah pelantikan Rafizi Ramli sebagai salah seorang Naib Presiden dan pengekalan Saifuddin Nasution Ismail sebagai Setiausaha Agung.
Bagi Azmin, Saifuddin tidak patut dikekalkan sebagai Setiausaha Agung kerana beliau dikatakan gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab itu dengan penuh profesional. Justeru ada benar kalau orang menyimpulkan tangan dicurigai Anwar itu adalah Azmin?
Apakah benar Anwar menghala kata-katanya itu kepada Azmin? Bagi saya ia kurang munasabah dan tepat kalau Anwar mengatakan tangan yang dicurigai itu Azmin. Kita tahu agenda Reformasi adalah agenda bersama di antara keduanya. Azmin adalah pendukung agenda berkenaan sejak lebih 19 tahun lampau.
Jika Azmin dimaksudkan Anwar ia bukan merupakan satu tindakan politik yang bijaksana kerana ia membuka aib bagi dirinya sendiri. Orang akan menjadi makin percaya beliau ada masalah dengan timbalannya.
Yang perlu diperhatikan sebaik mungkin oleh Anwar dan juga orang-orang yang taksub dengan Anwar dan yang berdoa dari Maghrib hingga ke Subuh mengharapkan Anwar jadi PM, ialah kemunculan secara penuh taktikal bekas Naib Presiden Umno Hishamuddin Hussein di karidor kekuasaan PH.
Pertemuan Hishamuddin dengan Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini (lebih dua jam) tidak boleh dianggap pertemuan biasa. Tawaran Hishamuddin untuk membawa balik Jho Low, perlu dilihat jauh dari itu.
Tawaran Hishamuddin itu membawa arti tersendiri. Kalau pun Dr Mahathir tidak percaya, tetapi tawaran Hishamuddin itu menarik dan pelik. Ia perlu ditafsirkan dengan menggunakan banyak kitab dan risalah siasah.
Apakah Hishamuddin boleh dianggap sebagai tangan dicurigai yang akan mengganggu agenda Reformasi? Ini satu perbahasan baharu di celah-celah kita lihat Azmin sebagai pengancam kepada masa depan Anwar. Dan pertemuan Azmin dan Hishamuddin di Maghribi yang secara sengaja itu, (mereka bercuti di lokasi sama), sebenarnya bagi saya ia bukan sesuatu bukan sengaja. - MSO
TS.
Umno perlu bertanggungjawab pada Utusan - Kit Siang
Sebagai pemilik Utusan Malaysia, Umno perlu mengambil tanggungjawab terhadap kemelut kewangan yang melanda akhbar itu, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
"Majlis Tertinggi Umno mesti bertanggungjawab dan menyelesaikan kemelut kewangan Utusan Malaysia dan tidak menjadikan wartawan Utusan Malaysia sebagai kambing hitam terhadap ketidakupayaan dan kleptokrasi Umno," katanya pada suatu kenyataan hari ini.
Isnin lalu, para pekerja Utusan menggesa bekas anggota parlimen Kulim Bandar Baru Abdul Aziz Sheikh Fadzir kembali menjadi pengerusi akhbar tersebut. Ini selepas Aziz meletak jawatan secara tiba-tiba, menyebut komitmen perniagaan peribadi sebagai alasannya.
Peletakan jawatannya sebagai pengerusi Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) diumumkan kepada Bursa Saham Malaysia pada 13 Disember 2018.
Minggu lalu, syarikat itu mungkir bayaran pertama kepada 700 orang pekerjanya yang bersetuju mengikuti skim pemberhentian kerja sukarela (VSS).
"Tiada siapa tahu jika Aziz kembali ke Utusan Malaysia akan dapat mengubah nasib akhbar itu, tetapi saya sangat bersetuju dengan Setiausaha Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Basir Abu Bakar, yang juga pemberita Utusan, bahawa sesiapa sahaja yang memimpin syarikat ini perlu komited untuk menyelamatkan Utusan.
"Saya akan menambah sedikit dan menyatakan Majlis Tertinggi Umno tidak boleh dibenarkan lari daripada tanggungjawabnya terhadap wartawan Utusan Malaysia," katanya.
Beberapa tahun ini, Utusan mengalami kemerosotan edaran akhbarnya tetapi syarikat itu tetap mendapat hasil iklan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Bagaimanapun, selepas BN tewas pada PRU14, Utusan tidak lagi menerima manfaat berkenaan.
mk.