Update 7 tips tangani murid "slow learner" di dalam kelas >> Berita Malay 18

SLOW LEARNER

'Slow learner' ialah anak-anak yang akademiknya agak lambat atau ketinggalan sedikit ke belakang berbanding dengan anak-anak lain yang sama peringkat umur dengan mereka.
Mereka ni bukan kategori tidak boleh belajar seperti OKU, cuma bila berhadapan dengan situasi akademik mereka jadi susah dan sukar.

Sebagai ibu bapa dan guru perlu menganggap anak-anak ini normal dalam pergaulan harian, cuma mereka mempunyai cabaran yang cukup tinggi apabila berhadapan dengan akademik di sekolah.

Cara untuk menangani masalah 'slow learner' ini ialah mengambil pelbagai pendekatan pengajaran, bekerja sama dengan guru-guru di sekolah dengan sabar dan meraikan apa sahaja kejayaan mereka.
Berikut beberapa cara untuk menangani 'slow learner'

1. Ulangi setiap mata pelajaran lebih daripada biasa.
2. Gunakan bantuan audio dan visual/multimedia.
3. Memandu anak-anak tersebut ke poin utama di dalam mata pelajaran atau ujian.

4. Gunakan contoh bahan maujud, bahan konkrit yang yang boleh dipegang, disentuh murid.
5. Sentiasa kenal pasti kekuatan murid dan uji secara berulang.
6. Kenal pasti kemahiran murid selain daripada akademik.
7. Sentiasa beri penghargaan kepada murid walaupun sedikit perkembangan yang ditunjukkan.

Akhir sekali jangan lupa berdoa, Insyaallah.

Disunting daripada penulisan Cikgu Ahmad Zaidi

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :