Beberapa kesalahan Pilihan Raya telah dilakukan oleh Pakatan Harapan di PRK DUN Semenyih setakat ini:
1. Agihan Hamper.
2. Umum projek baik pulih rumah.
3. Umum projek Klinik Kesihatan baharu di Semenyih.
4. Menteri Besar umum satu projek besar oleh Kerajaan Negeri Selangor.
5. Pengagihan bubur di masjid-masjid seperti di Masjid Kuala Pajam dengan lambang parti bertanding.
6. Mengadakan Kenduri Rakyat di Bandar Bukit Mahkota.
7. Lulus peruntukan RM80 ribu untuk baiki dewan.
8. Cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah basikal.
9. Arah peserta AIM undi calon PH?
Dua kesalahan yang teratas sudah diakui oleh Pengerusi SPR, Azhar Harun sebagai kesalahan peraturan Pilihan Raya. Ini Malaysia Baharu. Apa sahaja kesalahan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan akan dihalalkan. Ini maqasid syariah versi Pakatan.