Update Apa Kejadah Golf Amal Masyarakat Kubang Pasu Buat Kat Shah Alam? >> Berita Malay 18


Apa punya loqlaq Ahli Parlimen Kubang Pasu YB Dato Amiruddin Hamzah dan ADUN Jitra yang juga Menteri Besar Kedah, DS Mukhriz Mahathir ni? 

Kejadah apanya Ahli Parlimen Kubang Pasu dan ADUN Jitra pi buat program Golf Amal Masyarakat Kubang Pasu di Shah Alam, Selangor di sinun? Sejak bila Kubang Pasu dan Jitra dok dalam negeri Selangor ? 

Sepatutnya, selaku Ahli Parlimen Kubang Pasu dan ADUN Jitra, mereka kena perbanyakkan program dan aktiviti di Kubang Pasu dan Jitra. Bukannya pi buat program kat kawasan negeri orang. 

Dekat dalam kawasan DUN Jitra pun ada padang golf yang sempurna iaitu Darulaman Golf & Country Club milik BDB syarikat GLC milik Kerajaan Negeri Kedah. Kat situ lengkap dengan hotel dan ada Taman Tema Air Fantasia lagi. 

Pada masa yang sama ADUN dan EXCO negeri boleh promosi tempat-tempat pelancongan yang ada kat dalam Kubang Pasu; atau promosikan tempat-tempat makan yang sedap di dalam kawasan Kubang Pasu. Ini baru mempromosikan Negeri Kedah sebagai tempat perlancongan.

Awatlah hangpa ni ghoplah jingga betul?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :