Update Boleh Percaya Ka Cakap Tun Dr Mahathit PAS Tak Sokong BN Dalam #PRKSemenyih >> Berita Malay 18



Hari ini, pagi hari penamaan calon, media Kerajaan memgeluarkan berita pertemuan Perdana Menteri dan juga Presiden PAS. Berita melaporkan bahawa Presiden PAS tidak akan menyokong BN di dalam PRK Sememyih dan kononnya ada perjanjian bertulis. Persoalannya, kita percayakah cakap Perdana Menteri ini?

Menurut maklumat, Presiden PAS berjumpa Perdana Menteri semalam berkenaan royalti minyak kepada Terengganu dan Kelantan. Katanya, bayaran royalti minyak yang Perdana Menteri arahkan dibayar kepada Kelantan dan Terengganu tidak dibuat oleh Menteri Kewangan. 

Sejak satu dua menjak ini tindakan Perdana Menteri tidak mengambarkan apa yang beliau lakukan. Antaranya, pertama, beliau pernah mengungkapkan PPBM tidak akan masuk Sabah. Semalam, lain pula jadinya. Satu keputusan u-turn dan flip flop tidak sampai 6 bulan.



Kedua, Perdana Menteri yang sama juga mengatakan tidak akan menerima ahli UMNO yang berpaling tadah yang digelar sekutu partinya sebagai sampah. Semalam, lain pula yang berlaku. Semuanya berlaku flip flop dan u-turn tidak sampai 6 bulan.



Ketiga, surat dan arahan rasmi kepada akar umbi PAS telahpun dikeluarkan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Selangor untuk membantu calon BN seperti di bawah.


Kesimpulannya, Pengerusi PPBM terdesak untuk memecahkan gabungan dan perpaduan PAS dan BN dalam PRK Semenyih dan janganlah kita mudah terpedaya.

Jumlah pengundi non-partisan di DUN Semenyih merupakan golongan majoriti. Golongan seperti ini yang harus dijaga dan dilipatgandakan kempen. PAS dan BN ada masalah? Gambar di bawah diambil sewaktu penamaan calon pagi tadi.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :