Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 10 sen seliter kepada RM2.08 dan RM2.38 seliter bagi tempoh 23 Februari hingga 1 Mac 2019.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan bahawa harga runcit diesel kekal pada RM2.18 seliter.
"Peningkatan harga runcit petrol RON95 didorong oleh faktor peningkatan purata kos produk diproses (refined product) di pasaran dunia berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada USD63.11 setong kepada USD66.91 setong," kata kenyataan itu.
Bagi produk diesel, kos purata produk diproses turut meningkat secara ketara iaitu daripada USD74.38 setong kepada USD79.11 setong di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM). Sepatutnya harga runcit diesel adalah RM2.33 seliter.
"Namun selaras dengan janji kerajaan untuk menstabilkan harga runcit diesel sekiranya harga sebenar pasaran adalah lebih tinggi daripada paras yang ditetapkan iaitu RM2.20 seliter untuk RON95 dan 2.18 seliter untuk diesel, maka harga runcit diesel terus dikekalkan pada paras RM2.18 seliter," kata kenyataan itu.
Related Posts :
Update PUNCA sebenar To'Pa Keluar UMNO DIDEDAHKAN... >> Berita Malay 18
DARI KAWAN SAYA, MANTAN MP PENDANG
Dato' Mustapa yang saya cukup kenal dan rapat. Dia bukan ahli UMNO akar umbi macam kita.
Dia pegawai… Read More...
Update KENAPA MCA CUKUP ANTI KEPADA KERJASAMA UMNO-PAS? >> Berita Malay 18
KENAPA MCA CUKUP ANTI KEPADA KERJASAMA UMNO-PAS?
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong, melalui satu kenyataan rasmi beli… Read More...
Update Akhirnya @MyTouchnGo Abadikan Gambar Pengasas Tol Di Malaysia Di Kad Prabayar >> Berita Malay 18
Anda sudah rasa nikmatnya membayar tol selepas Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran Malaysia? Kini, gandakan kenikmatannya… Read More...
Update Kontraktor Bumiputera dalam dilema, PH belum buat bayaran >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR, 8 Muharram 1440H, Selasa – Kontraktor Melayu dan Bumiputera kini, berdepan risiko hilang sumber pendapatan akibat pemb… Read More...
Update Agenda tersusun liberal, sekular mahu ubah identiti Malaysia sebagai negara Islam >> Berita Malay 18
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 8 Muharram 1440, Selasa – Desakan supaya kerajaan mengkaji semula undang-undang syariah memberi petand… Read More...