Update Isu Kos Belanja Haji U-Turn Demi #PRKSemenyih >> Berita Malay 18







Kata Menteri Agama, Mujahid Yusuf, baca di sini,
Disebabkan perkara ini tular, saya akan merujuk semula kepada TH untuk membincangkan semula polisi sebenar yang ditetapkan TH supaya boleh mengambil kira kes membabitkan pengiring dan dan jemaah yang membuat rayuan.
Kenyataan yang tular hari ini mungkin berniat  berniat jahat yang mana mereka tulis ‘tiada subsidi’ kemudiannya ada tulisan yang kecil tertulis ‘kepada yang merayu dan mengiringi.
Di sini saya nak perjelaskan bahawa kita tidak keluarkan kenyataan itu dan kenyataan rasmi yang kita keluarkan adalah untuk yang merayu dan mengiringi sekiranya berjaya, pihak TH akan mengambil kira kadar kemampuan dan itu menjadi pertimbangan kita yang paling utama.
Isu berkenaan timbul susulan jawapan daripada pentadbir akaun Facebook Lembaga Tabung Haji baru-baru ini ketika menjawab komen pengguna Facebook dalam satu hantaran berkata, subsidi haji hanya diberikan kepada bakal jemaah yang terpilih bagi tahun semasa.


Sebelum isu menjadi panas, jadual bayaran haji yang memaparkan jemaah haji jenis rayuan kena bayar penuh terpapar di laman web rasmi TH. Bahagian berkenaan telah diedit apabila isu menjadi panas. 

Bahkan dilaman sesawang TH sendiri bahagian FAQ Haji dan maklumat daftar haji pun tiba-tiba tidak boleh diakses, dan bila disemak tarikh kemaskini adalah selepas perkara ini tular. 

Jadi Pak Menteri Mujahid tidak wajar mengeluar kenyataan perkara yang berlaku adalah disebabkan oleh niat jahat sesetengah pihak. Kalau tidak ada angin, mungkin beruk yang goyang pokok berkenaan.

Apapun, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kalau tiada PRK Semenyih, belum tentu isu ini akan menjadi flip flop dan dibuat u-turn. Terima kasih PRK Semenyih.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :