Tidak ada seoarangpun Menteri-Menteri Kabinet Pakatan Harapan yang bijak kecuali Menteri Pembangunan Usahawan. Hari ini, beliau telah mengemukakan satu kaedah untuk menyelesaikan masalah tol kepada Rakyat Malaysia.
Hari ini, beliau telah berjanji di dalam tahun ini beliau akan menaiki kereta terbang. Pernahkah Menteri-Menteri Kabinet Pakatan Harapan berbohong? Masalah 'power window' kereta Proton sehingga sekarang tidak selesai, Menteri berkenaan sudah bercita-cita menaiki kereta terbang. Dengan pendekatan ini, Menteri berkenaan telah secara langsung menyelesaikan masalah tol. Mana ada tol di udara bukan? Cuba dongak ke langit. Nampak tak tol? Bijak tak Menteri ini.
Janganlah di antara kita yang mempertikaikan kenyataan Menteri berkenaan. Prototype berkenaan sedang diuji seperti dalam gambar-gambar di bawah. Ya Allah, berlumba-lumba Menteri-Menteri Pakatan Harapan untuk menjadi badut di Malaysia.