SEORANG penyokong Pakatan Harapan (PH) meminta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) supaya mendesak TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka kerana membiarkan pengacara Sherry Al Hadad menyebut ungkapan ‘Malu Apa Bossku’ ketika siaran langsung Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33, bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.
Individu yang dikenali sebagai Shamsul Omar itu juga mahu ungkapan tersebut ditapis untuk siaran ulangan mahupun untuk simpanan arkib pihak TV3.
Shamsul bimbang ungkapan ‘Malu Apa Bossku’ akan mempengaruhi rakyat dengan pengaruh negatif yang dibawa oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di media sosial.
“Kita perlu lebih tegas dalam menangani pengaruh negatif yang dibawa bekas PM yang semakin melampau mempengaruhi rakyat menerusi media sosial,” katanya.
Sementara itu, Najib nyata teruja kerana slogan kempennya disebut pada malam yang penuh gilang gemilang itu.
“Eh, tadi AJL sebut apa? Kita geng!,” katanya menerusi Facebook.
Menerusi posting berikutnya, Najib memuat naik gambar beliau menampal pelekat slogan berkenaan di beberapa motosikal.
“Lekat cantik-cantik sticker (pelekat), AJL pun dah sebut,” katanya sambil meletakkan tanda pagar #maluapabossku.
Related Posts :
Update [Video Agong perkenan lantikan AJK SPR baru, termasuk aktivis Bersih] Mujahid saman Presiden PAS & Apahal ABDUH, KENA CUBIT SIKIT JERIT MACAM PONDAN? Sembang revolusi gedebung gedebang, polis baru miss call ketaq lutut habis semua dia cerita. >> Berita Malay 18Khamis, 14 Februari 2019
Otai BERSIH
TERKINI.
Mujahid saman Presiden PAS?
Pagi ini gempar dengan satu artikel di dalam harakahdaily bertaj… Read More...
Update Akhirnya MB Johor mengaku Tiada Diploma atau Ijazah dari UPM >> Berita Malay 18
KULAI: Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, menegaskan beliau pernah mengikuti Pengajian di Kolej Pertanian Malaya, sebelum ia dinaik… Read More...
Update VIDEO: Najib Turun Semenyih, rakyat kerumun, Rakyat Muak Pembohongan PH >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Hubungan Abduh-CIA, Pemuda Amanah adu pada polis] PENDEDAHAN eklusif skandal rasuah 1MDB dan rasuah PAS RM90 jute! Pegawai bawahan SPRM Putrajaya yang 'Pro Najib dan Hadi' melengah2kan siasatan? >> Berita Malay 18Khamis, 14 Februari 2019
Otai BERSIH
PENDEDAHAN TERKINI 12 FEB 2019
Terdapat pegawai-pegawai bawahan SPRM dalam pasukan penyiasatan skanda… Read More...
Update Gambar-Gambar Konvo DS @NajibRazak Dan Pengakuan MB Johor Tiada Ijazah >> Berita Malay 18
Setelah berhempas pulas membuat tai-chi dan mengelak dari menjawab status graduan beliau, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian akhirny… Read More...