Update PH PERLU BELAJAR TERIMA REALITI KESAN DENDANGAN JANJI DAN HARAPAN PALSU MEREKA >> Berita Malay 18








Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memenuhi janj-janjinya sendiri serta harapan sekadar tinggal harapan seharusnya menjadi satu hakikat yang perlu mereka akui, jelas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Ujarnya, PH akhirnya ‘berpijak di bumi yang nyata’ apabila apa yang didendangkan ketika menjadi pembangkang tidak semudah untuk dilaksanakan ketika diberi tanggungjawab oleh rakyat sebagai kerajaan.

“PH akhirnya ‘berpijak kepada bumi yang nyata’ kerana mereka sedar terlalu banyak memberi harapan yang palsu kepada rakyat dan mereka terpaksa berdepan dengan realiti walaupun pahit.

“Bagi kita yang pernah mentadbir kerajaan kita tahu tak boleh cakap yang sedap-sedap sahaja (seperti) menghapuskan hutang peneroka, (kena) buat kajian, berapa implikasinya, apa asasnya, dan apa meritnya,” katanya dalam Diskusi N.24 Semenyih dengan tajuk ‘Antara Janji, Harapan Dan Realiti Kerajaan PH’, malam tadi.

Diskusi yang disiarkan secara langsung melalui medium Facebook UMNO Online itu dihoskan oleh Datuk Dr. Noor Azizan Abdul Majid.

Begitu juga apabila membicarakan mengenai pengurangan saiz penjawat awam di mana kerajaan PH lebih membuat keputusan bersandarkan kepentingan politik, bidas Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh.

“Tapi jangan terus secara mendadak ambil kesempatan bila berkuasa tamatkan penjawat-penjawat kontrak, penjawat-penjawat tertentu berdasarkan sentimen politik, pegawai-pegawai Kemas yang kerja secara kontrak, ada peluang maka ditamatkan.

“Kenapa? Kemas itu UMNO… Itu salah sebab penilaian berdasarkan pada politik. Guru Quran, mubaligh dan sebagainya yang ditamatkan perkhidmatan kerana difikir dan dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), jawatan mereka adalah jawatan yang tidak kekal ambil kesempatan tamatkan… itu juga salah.

“Kena lihat keadaan, dulu negeri yang membangun, (sebelum) maju segalanya manual, maka perlu kakitangan yang banyak… buat bancian statistik perlukan kakitangan yang sementara, tapi sekarang ‘slowly’ kepada ‘paperless government’. Khidmat kepada rakyat boleh diberikan tidak berdasarkan kepada ‘face to face services’ dan tidak berasaskan kepada ‘counter services’ tapi berasaskan kepada ‘laptop’, maka dengan ‘slowly’ kita boleh memperkecilkan saiz,” tegasnya.




Menyentuh mengenai harapan PH kononnya mereka mampu mengurus tadbir dengan lebih baik daripada BN, Annuar melihat ianya gagal sama sekali.

“Sebab itu apabila mereka perintah, mereka (kata) boleh buat lebih baik, (tetapi) mereka gagal. Sekarang nak masuk satu tahun mereka gagal, mereka terpaksa ‘copy and paste’ apa yang BN buat dulu walaupun pahit bagi mereka.

“Itulah realitinya. Kerana dulu mereka mainkan politik pembangkang tanpa ada rasa tanggungjawab. Tun Mahathir mengaku ‘kita buat janji dan tak sangka jadi kerajaan, tiba-tiba betul-betul jadi kerajaan’,” katanya lagi.

Jelas kelihatan kini ujarnya, PH masih belum mampu membuat dasar ekonomi yang lebih baik daripada BN tika mana pertumbuhan ekonomi mencapai kadar 5.7 peratus tetapi sekarang merudum kembali.

“Rizab negara (semasa kerajaan BN) makin besar difitnah negara nak bankrap walaupun rizab negara RM430 bilion, ramai yang percaya akhirnya sekarang rizab makin menyusut.

“Peluang pekerjaan dulu diwujudkan menjadi hampir sifar pengangguran, realiti tetap ada penganggur tapi tuduh… sekarang apa jadi… peluang pekerjaan tidak wujud, yang ada kerja terbuang.

“Adakah kita bergerak ke hadapan atau kita undur kebelakang? Yang menderita siapa?” soalnya.

Begitu juga dengan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar termasuk kuasa dunia dahulunya amat baik tetapi kini telah dirosakkan oleh PH, bidasnya lagi.


Subscribe to receive free email updates: